Khamis Sudaaa

Assalamualaikum.

Huh, tak sangka dah sampai hari Khamis dah. Terakhir tulis entri pada Ahad lepas. 

Macam mana boleh jadi dah sampai hari Khamis?

Mari kita trace balik apa yang saya telah lakukan sehingga boleh miss Isnin, Selasa dan Rabu.

Isnin - Public Holiday, dan masa itu lah saya terkena muntah-muntah. Ada kemungkinan virus, sebab hanya sehari ini sahaja saya muntah.

Selasa - Dah masuk kerja, pejabat kurang staf. (tak ada kaitan dengan tidak tulis entri) Tapi hari ini masih lagi lemah badan akibat muntah semalam. Memang tak sentuh PC la lepas balik rumah.

Rabu - Hati melonjak-lonjak nak menulis entri lepas balik kerja. Tapi bila balik kerja dapat tahu pula Iman muntah. Ehmmm. Dan malamnya pula pergi rumah abang ipar yang baru balik daripada umrah. Dan tak adalah sentuh PC.

Khamis ini, sempat lah mak nak buka PC untuk membebel sikit di blog kesayangan ni.

Aina selsema. Dah dua hari dah tak selesa tidur. Dan juga saya rasa anak mama tu nak tumbuh gigi.

OK. Nanti kita kongsikan tips dan petua untuk bayi selsema. Supaya hidung tak tersumbat.

OK Bai...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa