Jumaat, 9 Disember 2016

Kisah Motivasi Penyusuan Ibu

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Tadi dalam otak  ada benda nak kongsikan. Tiba-tiba sembang dengan kawan baru tadi terus hilang topik. Haduh macam mana ni?

OK la. Macam ni LB nak sembang pasal breastfeeding la macam ni. LB terjumpa satu blog/website yang bercerita tentang 'exclusive pumping'. Dan cerita-cerita di sana sangat membantu ibu-ibu yang hendak breastfeed melalui pumping. Jika baca kisah-kisah nya ini url nya :  http://exclusivepumping.com/




LB sendiri terinspisrasi mengenai exclusive pumping ni. Sebenarnya ramai ibu-ibu di luar sana yang struggle bila berkaitan breastfeeding ini. Dan banyak isu-isu yang ibu-ibu sendiri tak tahu bagaimana nak ceritakan dan selesaikan. LB sendiri pun mengalami masalah yang sama. Sehinggakan LB sendiri rasa tertekan. Namun, setiap ibu mengalami sitausi yang berbeza, masalah yang berbeza.

Ada ibu-ibu yang ditakdirkan menyusukan anak tanpa ada apa-apa isu atau masalah. Tetapi tak kurang juga menghadapi pelbagai kekangan dan isu.

Bagi LB, semasa anak pertama LB tidak mempunyai pengalaman dan mencari jalan sendiri dalam penyusuan serta menghadapi campurtangan ibu sendiri berkaitan penyusuan ini. Maka, LB merasakan penyusuan ibu sewaktu itu adalah penyusuan yang tidak berjaya. Tetapi, jika dianalisakan kembali, anak sulung LB, Iman sihat dan ceria. Jadi, penyusuan gagal atau berjaya bukan isu yang utama.

Untuk anak kedua, ini adalah masih dalam proses atau masih dalam perjalanan. Macam yang LB baca dalam blog Exclusive Pumping, penyusuan adalah proses hari ke hari (day by day basis) Maksudnya, usah fikirkan sasaran jangka panjang, tetapi buat sasaran dari hari ke hari. Yang penting bayi mendapat susu ibu.



Jika menghadapi masalah, cari penyelesaian, melalui 'support group',  bahan bacaan atau konsultasi. Usah berputus asa, usah menekan diri sendiri. Take it easy.

Paling penting, sokongan dan understanding dari suami. Suami yang memahami sangat membantu ibu-ibu yang tengah struggle menyusu badan.


Silalah pergi ke website/blog http://exclusivepumping.com/ untuk membantu anda (ibu-ibu menyusu) untuk mendapat motivasi dan inspirasi, supaya proses penyusuan adalah suatu pengalaman yang manis dan indah buat anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan