'Kua Sa' - Buang Angin

Assalamualaikum.

Bersiaran di atas tilam dengan handphone kecil ni.

Hari ni rasa kurang sihat, rasa macam nak demam. Sekarang dah ok sikit.

Saja nak share petua dari mak LBJ kalau rasa nak demam. Tapi ini kategori demam sebab badan masuk angin saja. Demam disebabkan virus atau punca-punca tak berkesan.

Semalam LBJ teman En Husband pergi beraya. Cuaca semalam cukup panas. Memang membahang.
Jadi, kisahnya LBJ berpanas semasa beraya, balik tu masuk kereta dan terus kena aircond. Itu memang mengundang sakit la.

LBJ cerita sikit masa- masa dulu, masa bujang bawa motorsikal di hari panas terik. Panas yang membahang. Berpanas 2 jam perjalanan. Tengah-tengah jalan tiba-tiba hujan rintis. Renyai. Memang kena badan. Lepas tu sampai rumah terus nak demam, siap muntah-muntah lagi.

Mak LBJ sebut itu sebab angin masuk badan. Angin panas. Jadi nak bagi lega badan dan keluarkan angin, kami akan buat 'kua sa' (istilah bahasa Cina)

Nanti LBJ cuba google gambar 'kua sa'.

Tadi pun LBJ minta tolong En Husband buatkan 'kua sa'. Ringan rasa badan. Hilang sengal-sengal dan hidung sumbat. Alhamdulillah.

 *****************************
Shaklee Sharing
******************************

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa