Kisah selepas 'Buang Angin'

Assalamualaikum.

Agak lama LBJ tak bersiaran. Wow!

Ingat tak entri terakhir LBJ cerita tentang 'buang angin'. Sebenarnya, ya memang berkesan untuk buang angin, tetapi kisahnya tak seperti yang disangka. LBJ sendiri pun tidak menjangka.

Hari tu, yang LBJ rasa nak demam tu, sebenarnya bukan sebab cuaca panas, tetapi disebabkan LBJ bakal diserang campak. Alhamdulillah. Walaupun kena campak namun LBJ tak diserang demam panas. Rasa macam nak demam sahaja.

Kisahnya begini. Hari Isnin, LBJ ada appoinmen di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Masa tu memang rasa lain macam. Sampai petang nya, memang terasa nak demam. Siap bagitahu nurse. Nurse kata boleh ambil panadol sekiranya demam. Mendiang mak LBJ pun kata demikian.

Lepas tu ok la, dah siap jumpa nurse dan check-up semua, balik la. Tapi memang rasa nak demam. Balik-balik terus telan panadol 2 biji, takut demam melarat jika lambat makan ubat.

Malamnya, minta En Husband 'buang angin'. Fuh memang lega lah masa tu. Badan jadi ringan, kepala pun rasa ringan. Lepas buang angin memang tak boleh kena kipas ataupun air-cond. Jadi malam tu, LBJ tidir di ruang tamu. Sebab anak dan husband tidur memang kena ada aircond.

Ok la. Tidur di ruang tamu. Tiba-tiba tengah malam dalam pukul 2 lebih pagi, badan menggigil macam nak demam. Badan tak panas pun. Bangun la LBJ. Bancuh milo, dan telan panadol. Dah badan rasa ok sikit,tak menggigil sambung tidur. Tapi tidur kejap je. Lepas berpeluh-peluh sampai basah baju. Kesan makan ubat.

Tak boleh tidur juga, Buat macam-macam gaya tidur, atas sofa, duduk, lantai dan macam-macam lagi. tadi boleh juga. Akhirya LBJ mengalah, pukul 4 pagi masuk bilik anak dan bapa sebab ada aircond untuk tumpang menyejukkan badan. Dapatlah tidur sampai pagi. LBJ pun ambil emergency leave sebab dah agak akan kena demam.

Pagi nya, dalam pukul 9 ke 10 macam tu rasa nak demam juga, telan panadol, kesannya berpeluh sampai lencun. Berehatlah mak buyong di bilik dari pagi sampai petang. Masa tulah benda ajaib berlaku.

Tengah baring di tilam ni, tiba-tiba rasa gatal kat belakang tengkuk. Pegang lah. Raba-raba ada bintik terus pecah dan berair. Ingat takde apa. Buat tak tau je sebab baru sebiji. Tak lama lepas tu rasa pula bintik kedua, tak jauh dari bintik pertama. Buat tak tau lagi sebab tak ada apa. Tak gatal, tak sakit.

Masa esok paginya, baru rasa terdetik minta En Husband tengokkan. En Husband pun kata takde apa. Petangnye, muncul suku sakat bintik tu penuh di kawasan perut, dan belakang. Pada masa itu, baru tahu diri dah kena campak.

Nasib baik LBJ tak kena teruk. Boleh berjalan lagi, boleh buat kerja. Dan paling penting tak terlantar demam. Alhamdulillah sangat. Mak LBJ sendiri dah tiada, masa sakit lah asyik teringat kalau mak ada kan bagus. Tapi apapun LBJ bersyukur, LBJ tak sakit teruk walaupun campak. Lepas tu, check up di klinik pun semua berjalan lancar, Alhamdulillah.

Tapi, sampai sekarang sakit kepala LBJ tak hilang lagi disebabkan campak tumbuh di kepada terasa macam kena migrain pun ada, Itu yang walaupun LBJ nak sangat buat entri di blog ini, LBJ buat tak tahu je. Sebab tak tahan sakit kepala dek ada campak.

OK lah setakat ini kisah musim sakit LBJ ya. Nanti ada ilham LBJ cerita lah lagi kisah-kisah lebih menarik.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa