Minimalis.... jom

Assalamualaikum.

Konsep hidup minimalis pernah LBJ catatkan dalam entri-entri blog ini. Dan LBJ sebenarnya serius hendak aplikasikan konsep ini dalam kehidupan LBJ sendiri.

LBJ sendiri mempunyai banyak sangat barang-barang sehinggakan LBJ sendiri pening kepala fikir ke manakah harus disimpan barang-barang ini.

Entah bagaimana suatu hari, Allah bagi ilham untuk hidup kurangkan material dalam kehidupan LBJ sendiri. Alhamdulillah, bukan LBJ seorangs sahaja yang berperasaan begitu. Ramai lagi yang berperasaan begitu.

Jadi, bermulalah misi LBJ mencari panduan dan ilham bagaimana hendak implimentasikan dan mengamalkan konsep minimalis ini.

Dan Alhamdulillah, LBJ menjumpai beberapa blog berkaitan MINIMALIST dan SIMPLICITY di dalam internet. Dan LBJ sendiri letakkan dalam bloglist di blog ini (ada di bahagian bawah blog).




Semenjak diberikan kesedaran betapa pentingnya hidup dengan kesederhanaan dan kemas dan tak sesak, LBJ sedang struggle untuk mencapai matlamat "less stuff and more space, less material and more value." 

Dan In Shaa Allah LBJ akan cuba kongsikan perjalanan menuju hidup yang lebih bermakna, bukan lebih banyak material.

In shaa Allah. Mohon pembaca doakan ya.


Dan di bawah ini LBJ hendak catatkan beberapa poin yang LBJ perlu ingat dan buat :
1. projek kurangkan baju di dalam Almari
2. Projek Kurangkan buku-buku dan majalah yang tidak diguna lagi
3. Projek mengurangkan mainan-mainan Iman.
4. Projek 'meluaskan' ruangan rumah.


 *****************************
Shaklee 
******************************





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa