Khamis, 19 Mei 2016

Mental Clutter - Macam Mana Nak Buat?

Assalamualaikum.

Dah lama nak karang entri pasal 'mental clutter' ni. Tapi inspirasi belum ada.

Hari ini, pagi tadi semasa memandu ke pejabat, otak ligat berpusing. Manusia ini hebatkan, otak fikirbenda lain, badan masih berfungsi untuk buat kerja lain misalnya memandu.

Pagi tadi LBJ fikir macam-macam benda. Itu petanda 'mental clutter'. Dari benda remeh sehingga benda besar sehingga ke anak, sehingga ke bisnes. Macam rojak lah katakan.



Sebenarnya ada cara untuk kurangkan 'mental clutter'. LBJ pun tengah kaji dan belajar (nanti LBJ kongsikan ya).

Buat permulaan bagaimana LBJ hendak mengurangkan bebanan mental ini?

Buat permulaan, LBJ kena rancangkan tentang aktiviti smartphone. Secara peribadi, smartphone banyak memberi LBJ mental clutter (serius..).

Aktiviti TV dah kurang, aktiviti smartphone yang mengganggu pula.

Jadi, sebagai catatan peribadi, dan untuk reminder peribadi, :

1) LBJ perlu senaraikan topik apa yang boleh membantu LBJ - maksudnya, posting jenis apa yang LBJ perlu fokus di dalam FB.

Contoh : LBJ nak belajar pasal kewangan perniagaan, atau perniagaan, jadi LBJ kena fokus pasa posting perniagaan dan tips-tips perniagaan.

2) Peka terhadap postings keluarga dan kawan-kawan rapat. Tapi bukan stalker ya.. hahahah

3) Buat jadual bila hendak buka FB. Larangan untuk buka waktu hendak tidur. Kerana menyebabkan meleretnya mengadap smartphone sehingga mengganggu jadual tidur. Sudah lah LBJ ini susah nak tidur semasa hamil ni. Bangun awal pula badan lesu dan penat. Jadi.. Kena ikutlah guideline sendiri buat.

* setakat ini sahaja kali ini. Hilang inspirasi dek rasa mual-mual.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan