Khamis, 12 Mei 2016

Kenapa Detoks? Apa itu Detoks?

Tahu tak detoks itu apa?
Detoks ialah tindakan mengeluarkan toksin dari badan, agar tubuh rasa lebih bertenaga dan cergas, serta penampilan kelihatan lebih sihat dan segar.


Pencemaran tidak sekadar berlaku di persekitaran sekeliling kita sahaja. Tubuh badan kita juga mengalami pencemaran, sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita rela atau tidak. Toksin membentuk di dalam badan kita sendiri.

Orang yang paling sihat pun mempunyai  toksin di dalam badan yang perlu disingkirkan.


Bagaimana toksin ini masuk ke dalam tubuh badan kita?

Melalui makanan, minuman, pernafasan, pergerakan dan juga persekitaran kita. Makanan, minuman dan udara menyumbangkan paling banyak toksin. 

Selain itu, stress menyebabkan pembentukan toksin di dalam tubuh badan kita.


5 Punca Utama Toksin:
1.  Makanan
-makanan terproses, bahan-bahan pengawet, perisa tiruan dan pewarna
-racun serangga
-bahan-bahan ini sering muncul di dalam diet harian kita, mendedahkan kita kepada kimia dan toksin.


2.  Air
- hujan asid, aliran air dari tanah tercemar, pembuangan sisa kumbahan manusia yang banyak
- menyumbang kepada pencemaran air
- air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan-bahan tercemar (kimia) dan bahan-bahan logam berat yang memudaratkan kesihatan


3. Udara
- pencemaran udara berterusan
-fenomena jerebu yang bermusim
-meningkatkan  risiko mendapat asma, jangkitan pada bahagian atas system pernafasan, penyusutan fungsi paru-paru
-keradangan mata dan kulit


4. Tubuh Badan
-Tubuh badan sendiri menghasilkan toksin sepanjang masa
-tubuh badan bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan tenaga – pergerakan, penghadaman, metabolism hormon, menyingkirkan toksin dan banyak lagi.
-menyebabkan tubuh mengalami stres serta menghasilkan toksin sendiri, dan berkumpul sendirinya secara dalaman.


5. Gaya Hidup
-sesetengah toksin adalah akibat daripada pilihan kita
-rokok, alkohon, dadah dan pola pemakanan yang buruk
-menyumbangkan kepada penambahan toksin dalam tubuh badan kita



Tubuh Badan boleh detoks dengan sendirinya

Secara semulajadi, tubuh badan melakukan detoks sepanjang masa. Namun, pendedahan kepada toksin-toksin membebankan keupaayaan tubuh untuk melakukan penyingkiran atau ‘pembersihan’.

Tubuh badan kita dilengkapi organ-organ yang membantu detoks itu sendiri : organ-organ ini termasuk hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, system limfa, dan kelenjar peluh.

Organ-organ ini berfungsi  untuk ‘membersihkan’ tubuh badan daripada toksin untuk mengekalkan kesihatan. Malahan, kulit kita mengeluarkan bahan-bahan toksin melalui  kelenjar peluh.


FUNGSI ORGAN:
1.  Paru-paru : menyingkirkan pelbagai jenis gas daripada  aliran darah , contoh seperti gas karbon dioksida

2.  Sistem limfa : berfungsi sebagai penyingkir utama bahan buangan untuk tubuh anda. Menyingkirkan sisa-sisa, pathogen, sel-sel mati dan lain-lain toksin serta bahan buangan kelaur dari tubuh badan.

3. Buah Pinggang : menyingkirkan bahan buangan dan  air dari darah untuk membentuk air kencing yang akan dikeluarkan dari tubuh melalui pundi kencing.

4.  Sistem penghadaman (ini termasuk hati dan usus) : memainkan peranan yang amat penting dalam proses detoks tubuh badan. Hati meneutralkan bahan-bahan tercemar yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan, dan usus pula merupakan ‘pengangkutan’ utama untuk mengeluarkan bahan buangan dari tubuh badan melalui pembuangan air besar.



Detoks –Mengekalkan kesihatan  dan keseimbangan Tubuh Badan

Jika tubuh badan sendiri boleh menyingkirkan toksin, kenapa perlu fikirkan tentang detoks?

Pengambilan serta dengan bantuan nutrisi sokongan atau tambahan, boleh menguatkan sistem dan organ tubuh badan. Supaya anda boleh  mendapatkan 
  • semula tenaga serta kecergasan,
  •  meningkatkan ketajaman minda dan merasa lebih fokus
  •  mengurangkan berat badan untuk kelihatan lebih menawan dan rasa lebih ringan, segar dan  sihat



Bayangkan tubuh anda seperti kereta. Sebuah kereta memerlukan minyak untuk bergerak, namun walaupun kereta yang paling bagus dan terjaga dengan rapi tetap mengalami kerosakan serta penyusutan kualiti mengikut masa.

Untuk mengekalkan prestasi optima kereta, kereta perlu melakukan servis dan pembersihan seprti tukar minyak hitam dan imbangan tayar. Dan seperti juga kereta, tubuh badan kita juga memerlukan ‘servis dan pembersihan’.

Tanpa detoks, tubuh badan kita berkemungkinan dipenuhi dengan toksin-toksin dan ini akan mengganggu kesihatan kita.

Semakin lama toksin berada di dalam tubuh badan kita, semakin besar risiko toksin ini akan merosakkan organ dan member kesan buruk kepada fungsi tubuh badan.


Detok bermakna kita mengurangkan bebanan toksik pada tubuh kita dan mengoptimakan fungsi organ-organ detoks tubuh badan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan