Sabtu, 14 Mei 2016

Bicara Sembang Berkaitan Blog

Assalamaualaikum.

Hari ini LBJ hendak bersembang-sembang santai sahaja.

Nak sembang pasal blogging ini.

Selepas beberapa lama berblogging ini, LBJ belajar dan memerhatikan apa yang berlaku sepanjang berblogging.

LBJ sendiri mengkaji sifat pembaca melalui kegemaran LBJ sendiri. Maksudnya, apa yang LBJ suka cari dalam blog, mungkin sesetengah golongan pun macam LBJ.

Seperti FB, corak-corak entri mempengaruhi pembaca.

Misal kata, FB yang sarat dengan iklan sahaja, bukan tak ada pengunjung, cuma jika orang macam LBJ akan rasa bosan. Iklan memanjang sahaja. Tapi input lain tiada. Macam LBJ, LBJ suka baca cerita, atau panduan atau tips.

Ingat lagi hari tu, LBJ mula-mula main Instagram dulu main follow saja Insta orang. Lepas tu, feed penuh dengan iklan saja. LBJ sendiri naik bosan tengok. Akhirnya LBJ sendiri pergi UNFOLLOW insta penuh iklan.

Tapi FB lain sikit, kalau kita jarang LIKE/COMMENT ke pemilik FB tu, jarang feed tonjolkan posting mereka. Itu yang best nye.

Persamaan blog dengan media sosial ialah, jika semua berkaitan bisnes, macam mana nak tarik pembaca luas? (Itu pendapat LBJ sendiri la, base on sifat LBJsendiri)

Blog ini, bagus kalau kita share cerita-cerita personal yang baik-baik, share kebaikan-kebaikan, share ilmu, share resepi dan macam-macam lagi. LBJ tak gemar share cerita sensasi semasa ataupun artis.

LBJ lebih kepada sharing ilmu bermanfaat, tips, resepi untuk kegunaan masa depan dan lain-lain.

Blog ini macam personaliti kita juga. Ada orang suka artis, jadi blog berkisar tentang artis. Ada orang suka penulisan, blog berkisar tentang karyanya atau pun ulasan karya orang lain.

Jadi apakah ciri-ciri blog anda?

Share la ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan