Jumaat, 11 September 2015

Kembar Siam untuk Menuju Kejayaan

Assalamualaikum.

Bersiaran dari cyber cafe. Baru sahaja siap mendesignkan flyers saya sendiri untuk edaran. Mungkin malam nanti nak berjumpa dengan pencetak flyers. :)

Alhamdulillah. Masih kukuh dan setia dengan produk Shaklee. Dan andai pengunjung blog ini berminat mendapat informasi tentang Shaklee dan plan perniagaan Shaklee boleh email ke lenny.boniface@gmail.com  atau whatsapp ke 016 874 9195.

Semenjak mengenali Shaklee, ML banyak cuba memperbaiki diri, terutamanya dalam mempelajari ilmu jualan.


ML belum 100% fokus jualan offline, sebab masih lagi pemalu. Dan misi seterusnya mengasah bakat jualan secara bersemuka. :) In shaa Allah. Doakan ML ya.


Secara peribadi, ML mula mencintai perniagaan sedikit demi sedikit. Dan makin hari makin banyak.

Apabila kita dalam alam perniagaan, kita sama ada akan lebih berusaha untuk berjaya ataupun tidak berbuat apa-apa. Bergantung kepada nawaitu dan target.

Target ML, dalam masa 2 tahun lagi mencapai income di dalam Shaklee RM 10,000 sebulan. Doakan ya.

Mungkin ramai yang akan rasa mustahil dengan keadaan ekonomi sekarang. Ini kerana yang merasakan mustahil itu keyakinan kepada Yang Maha Memberi itu kurang sikit.

Sekiranya, kita mempunyai keyakinan tinggi akan kuasa Yang Maha Pencipta, tak ada satu yang mustahil.


Jadi, bagi ibu-ibu, dan bapa-bapa yang cuba berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki ekonomi rumah tangga dan anak-anak, ML doakan anda sekalian diberikan keyakinan tinggi akan Yang Maha Kaya dan Yang Maha Pemurah, dan semoga ibu-ibu dan bapa-bapa diberikan rezeki yang melimpah ruah, mencurah-curah. Amin.

Sebenarnya, usaha dan doa yang akan menentukan kejayaan kita. Jadi, usaha dan doa mestilah macam kembar siam dan seiring. Pergi mana bersama-sama. ML sekarang tengah dalam mempraktikkkannya. Jadi, doakan ML ya. Dan ML doakan anda sekalian.


*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan