Bukan pemancing tegar

Assalamualaikum.

Bersiaran dari kolam pancing Sungai Tangkas. Tengah bersantai dengan encik suami. Menghilangkan tekanan.

ML dengar bunyi cengkerik, kadang-kadang bunyi air sebab ikan bergerak.

Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan remaja di kampung halaman.
Dulu kampung halaman di tepi sungai.

Masa zaman kanak-kanak dulu, abang ML paksa memancing. Lepas tu zaman remaja sama juga, kena paksa mancing.

Dan sekarang, walaupun ML bukan pemancing tegar, ML tetap suka aktiviti memancing. ML hanya sekali sekala memancing, itupun setahun mungkin tak sekalipun memancing. :)

Tenang di kolam ini. Dah selalu sangat mengadap dinding empat di pejabat dan di ofis, bagus juga duduk di luar rumah mengadap alam ciptaan Ilahi.

Cita-cita ML, membeli sebidang tanah yang cukup luas dan bina rumah, dan kolam memancing. Bolehlah encik suami memancing sepanjang masa. Ngeh ngeh ngeh. Sebenarnya nak 'tambat' encik suami.

In shaa Allah, akan tercapai impian ini.


*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa