Ahad, 13 September 2015

1 hingga 4 sahaja untuk berjaya :)

Assalamualaikum.

Apa best berniaga produk Shaklee? Ramai dah orang jadi agen Shaklee, mesti susah kan nak berniaga?

Sebenarnya, berniaga apa produk atau servis sekalipun, tak ada yang senang dan mudah. Best atau tak best itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah hasilnya selepas berusaha membuat jualan.

ML kebelakangan ini memang menyelongkar ke dalam Youtube untuk apa-apa video yang mengajarkan teknik jualan, teknik network marketing dan lain-lain.



Dan paling memberikan kesan kepada ML sendiri ialah tunjuk ajar dari seorang wanita yang juga giat dalam MLM/network marketing. Apa yang ML kagum sangat ialah beliau tidak lokek ilmu tentang bagaimana hendak berjaya dalam network marketing. Beliau siap memberikan tips dan tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja, tidak kira organisasi yang sama atau tidak, syarikat yang sama atau tidak. Baginya, membantu orang bererti membantu diri sendiri. Dan percayalah beliau telah mencapai rank tertinggi dalam organisasi beliau. Boleh pergi link ->  www.sarahrobbins.com/. Sana ada pelbagai tips dan video untuk anda pelajari.

Melalut pula ML ini.

Berbalik kepada bisnes Shaklee, kenapa ML melakukan apa yang ML lakukan?

Secara peribadi ML percaya ML boleh buat bisnes Shaklee ini. Sama ada lambat atau cepat mencapai puncak, biarlah Allah s.w.t. yang tentukan dan ML kekal berusaha bersungguh-sungguh dalam menaiki tangga kejayaan. :)

Berbalik kepada ramai yang telah menjadi pengedar Shaklee. Seperti kata mentor-mentor ML, rezeki itu ada. Cuma perlu usaha, cekal dan kuatkan hati. Perlu sabar dan setia.

Selama ML dalam bisnes Shaklee, 3 perkara sahaja perlu dilakukan sepanjang jadi ahli Shaklee :

1. Amalkan dan makan produk Shaklee.
2. Kongsikan kebaikan produk Shaklee yang telah kita makan dan amalkan.
3. Taja orang yang juga merasai kebaikan Shaklee.
4. Ulang 1 hingga 4 setiap hari.

Untuk boost rezeki, berdoalah kepada Allah s.w.t setiap hari untuk memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja dan mohon dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Semoga bisnes Shaklee memberikan perubahan yang baik kepada hidup kita.


*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan