Khamis, 27 November 2014

Yakin Dengan Allah

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Ini adalah catatan penting bagiku. Berlaku pada diri saya di dalam diri saya semalam. Pembaca boleh mengambil ini sebagai pedoman ataupun peringatan kepada diri sendiri. Sebenarnya, saya ingin tuliskan catatan ini sebagai peringatan kepada diri saya setiap masa.

Sewaktu melangkah ke kereta pada waktu balik kerja, saya berfikir, kenapa cita-cita saya dan kejayaan perniagaan saya tidak termakbul doanya (faham tak ayat tunggang terbalik ni?). Hati saya runsing kenapa perniagaan belum berjaya. Sebenarnya kan, sebenar keyakinan pada Allah s.w.t saya tak cukup. Tak Cukup- tak cukup yakin, tak cukup kuat. Mesti ramai antara kita rasa macam tu kan? Kita dah usaha, dah doa, kenapa tak berjaya juga. Jadi, kita double-check diri kita sendiri. Adakah keYAKINan kita kepada Allah sampai ke tahap yakin sebenarnya? Itu yang berlaki kepada saya semalam.

Ya Allah, pembaca sekalian. Saya doa, saya usaha, tetapi saya kurang yakin. Jadi sistem kepercayaan kita menghasilkan result diri kita. Apabila tidak yakin pada Allah, maka usaha kita sia-sia. Mulai hari ini, saya (dan juga anda) yakin diri sendiri bahawa Allah Maha Mengabulkan doa. Dan kita percaya sungguh-sungguh demikian. Kita pegang apa kita percaya tu. Moga-moga dan in shaa Allah, Allah makbulkan doa kita. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pemurah, apa yang kita minta pasti akan dapat. Cuma kadang-kadang bukan dalam bentuk yang kita bayangkan. Kerana Allah Maha Bijaksana, jadi Allah akan berikan apa yang sepatutnya kita dapat lantaran doa kita. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan