Info Dari FB - Perniagaan Online Perlu berdaftar dengan SSM


Isu Hangat: Perlukah perniagaan online berdaftar dengan SSM?

Jawapan: Ya!


Kenapa?
- Selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang menyatakan setiap perniagaan yang mendatangkan keuntungan harus berdaftar dengan SSM.

nota: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.


Setelah berdaftar, pamerkan nama perniagaan dan no. pendaftaran perniagaan anda itu. Contoh biasa dibuat ramai peniaga: Dimiliki oleh: ABC Enterprise 123456-X

- Keyakinan pelanggan akan meningkat.


Pembeli: Bro ni trusted online seller ke?
Penjual: Boleh semak dengan SSM nama dan no. pendaftaran perniagaan saya. Klik saje e-info. Saya dah daftar dengan SSM. Detail saya semua ada disitu.


Tips membeli secara online:

- "Cash on Delivery" (COD) adalah digalakkan selain daripada pos. Sekiranya lokasi penjual dan pembeli adalah berdekatan dan penjual tidak mahu COD, ini adalah meragukan!

- Semak di semua platform internet mengenai si penjual seperti Google, forum, blog, facebook group dan sebagainya. Penjual pasti akan meninggalkan "good review" sekiranya bagus dan sebaliknya.

- Pastikan nama pemilik no. akaun yang diberikan penjual sama dengan nama penjual atau nama perniagaan/syarikat beliau. Jika si penjual memberikan no. akaun milik orang lain untuk pemindahan duit, ini meragukan!

- Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap mengenai si penjual. Simpan semua bukti pembayaran, resit dan sebagainya. Jika boleh, segala urusan dengan penjual dilakukan menggunakan email kerana sekiranya berlaku pertikaian, email2 tersebut boleh digunakan di Tribunal Tuntutan Pengguna. SMS, Whatsapp dan sebagainya tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.

- Penjual harus pastikan bayaran telah diterima dari pembeli sebelum pos barang jualan kerana pembeli juga ada yang tidak jujur!

************************TAMAT******************************



Berminat menyertai Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR)?

Marilah bergabung dengan kami lebih 800 blog dan menuju 2000 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)


Sila lawati blog Shaklee saya di http://vita-tips.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa