Ahad, 16 November 2014

Saudara Islam dan yang bukan Islam

Teks : Lenny Boniface
Imej : Google Image

Bismillah.
Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Kira-kiranya saya hendak menambah satu perkara lagi dalam wishlist saya. Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin mengenali Islam atau memeluk Islam atau yang baru memeluk Islam. Perkara ini dah lama saya fikirkan tapi saya tak tahu nak buat macam mana.

Sebenarnya, saya adalah berbangsa Melanau campur Cina yang memeluk Islam. Jadi, saya pernah lalui perasaan sebagaimana individu yang hendak memeluk Islam. Perasaan itu tidak boleh saya gambarkan, dan perjalanan saya (Alhamdulillah) dipermudahkan oleh Allah. Jujur saya katakan saya rasa orang-orang yang ingin mengenali Islam perlukan sokongan moral. Jadi saya ingin tawarkan sokongan moral tersebut jika ada sesiapa yang memerlukan. Isu pandai atau tidak pandai dalam bab-bab pengetahuan Islam itu saya tak nak ketengahkan. Isunya, saya ingin membantu orang yang ingin mengenali Islam, mendalami Islam. Sesiapa yang memerlukan sokongan moral, boleh lah hubungi saya melalui whatsapps/sms 016-8749195 atau emel : lenny.boniface@gmail.com atau boleh isi borang pertanyaan di sebelah kanan blog ini.

Mungkin saya tidak dapat menawarkan bantual material, tetapi sekurang-kurang saya boleh menawarkan sokongan moral dan juga doa untuk saudara-saudara non-muslim yang ingin kembali ke agama fitrah. Saudara-saudara baru yang baru memeluk Islam pun  boleh hubungi saya ya.

Amin.
Semoga kita boleh menjalankan jalinan ukhuwah dan silaturahim. Semoga Islam berkembang dan tersebar di bumi ini dengan penuh gemilang. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan