Isnin, 2 Disember 2013

Motivasi atau beban?

Salam.

Catatan kali ini berkisar tentang kehidupan seharian kita. Dalam hidup ini, kita semua mempunyai bermacam-macam tugas harian, perancangan, hasrat, keinginan dan cita-cita. Dan perkara-perkara tersebut bermain-main di dalam minda dan jiwa kita. Namun, adakah perkara-perkara yang ingin kita laksanakan itu menjadi motivasi kepada diri kita ataupun menjadi beban kepada diri kita?



Perkara-perkara yang bermain di fikiran kita seperti, baju yang perlu dilipat, buku yang ingin kita tulis, sasaran jualan yang hendak dicapai, dan blog yang hendak dikemaskini akan menjadi satu bebanan yang menyeksakan dan membuatkan kita merasa stres JIKA apa yang kita fikirkan tidak dilaksanakan. Cuba kita lihat, perkara-perkara tersebut tidak 'menekankan' (stres), tetapi ia menjadi punca stres apabila sentiasa 'melihat' 'senarai minda' dan senarai itu tidak berlaku apa-apa pun - senarai tinggal senarai. Walaupun perkara ini kelihatang tidak penting, namun ia tetap mempengaruhi diri kita. Kita akan selalu tidak ada 'mood', tidak ada rasa berjaya, ataupun merasa tertekan (miserable), walaupun tidak selalu, tetapi itu yang sebenarnya berlaku, dan itu berlaku pada diri saya.


Saya mempunyai beberapa perkara yang harus dilakukan, dan perkara-perkara tersebut telah tertangguh sekian lama ataupun seketika (saya pun tidak pasti), dan setiap hari, sepanjang minggu, saya merasa tidak keruan. Kerana apa? Kerana adanya 'bebanan'  dalam minda. Maka penyelesaian untuk orang macam saya ialah tulis senarai 'tugas yang perlu disiapkan'. Sememang dah masuk hukum wajib untuk tulis senarai tersebut. Apabila saya menulis, maka senarai tugas yang dizahirkan ke dalam kertas, tidak kan dilupakan, maka saya akan cuba 'curi' masa atau merancang masa saya untuk selesaikan tugas tersebut.  Dan telah terbukti minggu lepas, ada beberapa perkara yang perlu saya siapkan di rumah dan di pejabat, saya catatkan ke dalam kertas. Kertas yang dikitar-semula, dan alhamdulillah, Allah permudahkan saya untuk siapkan kerja-kerja tersebut. Dan keadaan itu bagaikan suatu pencapaian yang membanggakan bagi diri saya sendiri. Dan saya ingin mengulangi kejayaan-kejayaan kecil seperti itu.



Sekian.

Jazakallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan