Isnin, 9 Disember 2013

Kecekalan : Dilatih atau bakat semulajadi?

Salam.

Saya pernah terbaca tentang kecekalan. Suatu sifat di mana seseorang itu tidak mudah berputus asa dan tidak lari dari tujuan asal walaupun keadaan sangat susah. Persoalannya adakah kecekalan itu sifat semulajadi atau lahir dari latihan?

Hari ini saya akan kaitkan kecekalan dengan diri saya. Kebelakangan saya perasan saya tidak keruan. Banyak perkara yang membuatkan saya hilang fokus dan hilang keyakinan diri. Kenapakah itu berlaku? Post-mortem yang saya buatkan ke atas diri saya ialah saya tamak dan juga perubahan yang berlaku di sekeliling saya membuatkan saya goyah fokus. Dan dalam suatu sudut hati saya selalu terngiang-ngiang "Putus asa lah" "Tak perlu bertahan, tak guna". Ia bagaikan hantu yang tidak mahu pergi. Entah bila hantu ini saya boleh halau jauh-jauh dari minda saya. Saya perlu melatih diri saya untuk menghalau suara hantu itu jauh-jauh, supaya saya boleh fokus pada kehidupan saya dan berjaya dalam menentukan hala tuju hidup saya. Mari kita kongsikan satu komik yang saya dapat dari laman facebook:

(Sumber: https://www.facebook.com/themuslimshow)

Cuba kita selami komik di atas dan juga kaitkan dengan keadaan sekeliling kita. Itu yang berlaku. sekeliling kita penuh dengan mata yang memandang dan mulut yang akan mengata. Tapi adakah kita cekal untuk menghadapinya? Saya melihat diri saya, saya senang terasa apabila ada kritikan negatif dari mana-mana pihak di dunia ini. Paling teruk sekali ialah apabila kritikan itu datang dari dalam diri kita. Bagaimana harus kita senyapkannya?

Jadi mana datangnya kecekalan? Saya sendiri pun tidak tahu. Saya yakin sesiapa yang dapat melatih "suara dalam diri" menjadi bermotivasi dan positif sentiasa itulah yang akan membantu orang tersebut untuk berjaya.

Di dunia ini, orang yang paling cekal ialah ibu dan bapa. Sesiapa yang dah memegang status ibu dan bapa faham apa yang saya maksudkan. Saya seorang ibu, tapi saya tidak secekal ibubapa saya ataupun suami saya. Mereka orang tidak pernah putus asa terhadap anak-anak mereka. Mereka berusaha dengan susah payah untuk memberikan terbaik untuk anak-anak mereka. Dan saya ingin jadi seperti mereka ini. Contoh paling dekat, orang yang paling dekat dengan saya.

Saya nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi. Saya perasan saya akan mendapat aura positif apabila saya dekat anak saya. Jadi apabila saya merasa tension dengan kerja di pejabat, saya akan cuba cepat-cepat balik rumah. Dan hilang perasaan yang tidak baik dalam diri.


Sekian.
Jazakallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan