Rabu, 18 Disember 2013

Alfalfa Complex Shaklee

Produk Shaklee : Alfalfa Complex




Entri kali ini, saya ingin mengemukakan maklumat berkaitan Alfalfa Complex dari Shaklee. Maklumat yang dikemukan adalah diambil dari website Shaklee dan juga Buku Panduan Nutrisi Shaklee untuk dikongsikan bersama pembaca dan pengguna di luar sana.



Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Perbezaan Shaklee:


Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakn bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama:

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang peling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalh makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan angka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin,seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melegakan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.
  • Mencegah / merawat atrithis - Melegkan atritis dan kesakitan.

(Teks dari Lenny)

Selain daripada manfaat yang dinyatakan di atas, alfalfa juga digunakan dalam Set Breastfeeding atau dikategorikan sebagai "Milk Booster", membantu mengatasi masalah keputihan untuk kaum wanita, mengurangkan keasidan badan, mengurangkan masalah bau badan dan beberapa lagi kebaikan lain.

Alfalfa mengandungi mangan yang dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Alfalfa adalah sumber vitamin K terbaik. Vitamin K membantu dalam pembekuan darah di mana dia menggerakkan kalsium kepada protein yang membentuk jaringan mikroskopik untuk menyangkut sel darah merah. (sumber : Mommy Lyna )


Perhatian : Pesakit SLE adalah TIDAK BOLEH sama sekali mengambil Alfalfa Complex atau produk yang mengandungi unsur alfalfa. Individu yang mempunyai SLE, sekiranya hendak mengambil produk alfalfa, sila rujuk dengan pakar kesihatan atau doctor anda, agar tidak berlaku komplikasi yang tidak diingini.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Hubungi Lenny Boniface
1)SMS/WhatsApp: 016-8749195 atau
2)https://www.facebook.com/lenny.boniface

 
Sekian, Jazakallah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan