Selasa, 8 Disember 2020

Tuliskan Rancangan Anda Sebelum Tidur

 Aku perasan, menulis sesuatu yang hendak dilakukan akan mengurangkan perasaan blur.

Sebelum-sebelum ini aku selalu juga cuba guna kuasa minda untuk mengingati banyak perkara terutamanya perkara yang hendak dilakukan. Akhirnya aku jadi blur, terkial-kial, melengah-lengahkan kerja. 

Tapi bila aku fikirkan balik, aku dulu, nak travel ke apa ke, aku akan tulis senarai benda yang aku nak bawa dan perkara perlu dilakukan sebelum bergerak. Dan, tabiat itu memberikan rasa yakin dan tenang sebab aku takkan lupa.

Maka, seterusnya Tabiat Kejayaan yang perlu aku implimenkan ialah menuliskan apa kerja( waktu pagi)  yang perlu aku selesaikan sebelum tidur. Jadi aku kena cari satu buku nota(yang macam anak-anak guna) dan contengkan, tuliskan apa yang perlu aku lakukan pagi-pagi.

Pagi-pagi, otak kita belum 'berjalan lancar' lagi. Sebab itu, kita perlukan catatan/nota untuk mengingatkan kita.

Tadi, sebelum aku hendak menghantar dokumen ke pejabat induk tadi, aku tulis siap-siap langkah-langkah aku kena buat. Biasa la, nanti dah jumpa member lupa pula apa kena buat. Hihihi.

Dan, Alhamdulillah, bila dah tulis, aku tak sesat. Semua proses aku lakukan dengan betul dan berjalan lancar.

Jadi, aku kena mulakan tabiat menulis sebelum tidur tentang apa aku kena buat apabila bangun tidur.




Semoga, coretan ini juga boleh membantu anda dalam mengatasi 'blur' pagi hari.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan