Jumaat, 18 Disember 2020

OMG, Berat Badan Aku Naik

 Semalam, aku pergi bersantai di rumah kawan aku. Kemudian di rumahnya ada penimbang berat badan. Biasalah, bila jumpa penimbang, kena naik penimbang lah.

Dan, aku terkejut, berat badan aku 71.2 kg. OMG. Berat sangat. Coz, aku punya range berat badan biasanya antara 65 kg ke 68 kg.  Dan apabila dah melebih 68 kg aku sangat terkejut. 

Tapi sebenarnya kan, aku sendiri tahu yang kebelakangan ini aku makan agak banyak dan tak terkawal. Selalunya aku jaga kuantiti makan sebab aku ada pre-diabetes. Jadi bila jadi macam ini, aku kena cari solusi untuk masalah berat badan makan makin naik ini.

Antara solusi yang boleh aku apply-kan ialah :

1. Bersenam - aku memang merancang untuk bersenam atau aktiviti fizikal yang senang seperti berjalan kaki untuk panaskan badan , keluarkan peluh. InsyaAllah, doakan ya.

2. Berpuasa - aku plan nak lancarkan puasa-puasa ganti dan puasa sunat, insyaAllah. Kerana berpuasa ini bermanfaat selain menguruskan berat badan dan nak tambah amal pahala. 

3. Memilih pemakanan yang lebih sihat - aku kena lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan. Walaupun hakikatnya sangat susah nak berdiet, bila sekeliling adalah makanan tidak berkhasiat dan juga majlis makan yang selalu diadakan.

4. Mengambil supplemen dalam membantu pengurangan berat badan - Aku perlu istiqomah dalam pengambilan supplemen dalam membantu pengurangan berat badan. Antara supplemen Shaklee yang membantu pengurangan kolesterol dalam badan ialah  PHYTOCOL-ST dan juga ESP. 




Mari aku terangkan apa fungsi PHYTOCOL-ST dalam proses mengurangkan berat badan. Di dalam PHYTOCOL-ST mengandungi Fitosterol.

Apa fungsi Fitosterol? Struktur Fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan Fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan di dalam sistem penghadaman. Maka, Fitosterol seumpama bertindak sebagai penghalang kolesterol daripada diserap dan pada masa yang sama akan disingkir keluar bersama fitosterol. 

Maka, PHYTOCOL-ST ini membantu badan kita menyingkirkan lemak-lemak yang akan 'melekat' dalam dalaman tubuh kita. 




Kemudian, apa fungsi ESP dalam membantu proses kurangkan berat badan? Antara bestnya ESP ini ialah, ESP boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Maka ESP akan membantu orang-orang yang sedang berusaha kuruskan badan mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan.
Selain itu, protein sangat membantu dalam proses inch-loss. Kerana, protein sihat membantu meningkatkan metabolisma, pada masa sama menyingkirkan lemak tanpa kehilangan otot badan.

Aku akan membuat jurnal perjalanan kurangkan berat badan di blog ini, insyaAllah. Doakan saya ya.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor

https://www.wasap.my/60168749195/



Tiada ulasan:

Catat Komen