Rabu, 30 Mac 2016

Nota Untuk Diri Sendiri untuk Berjaya

Assalamualaikum.

Malam yang indah untuk bersantai bersama keluarga mahupun untuk "me time".

Malam ni banyak yang bermain di fikiran. Sehinggakan saya sendiri tak tahu apa yang hendak dibicarakan dalam alam maya ini.

OK. Let's pick a topic.

Perubahan. Apa yang hendak diubah.

Jadi, saya akan kongsikan buah fikiran yang sedang bermain ini.

Sekarang ini, saya cuba ingin berubah dan mengubah keadaan diri saya, keluarga dan ekonomi keluarga (termasuk diri sendiri punya ekonomi).

Bagaimana? Saya pun  bukan tahu sangat, tetapi saya ada gambaran dan panduan yang perlu diikuti.

Sebenarnya perubahan adalah sesuatu yang berat dan sukar, kecuali saya ini nekad dan cekal untuk mengubah diri sendiri.

In shaa Allah, saya akan cuba dari langkah-langkah kecil sehingga saya boleh terbang.

OK. FOKUS (ini kata kepada diri saya)

Apa yang perlu dibuat? (benda ini saya kena selalubaca/tengok agar saya asah fokus saya)

1. Tahu/tuliskan cita-cita dan keinginan.
    - Nak income yang besar dalam bisnes Shaklee
    - Nak buat jualan yang hebat
    - Nak bina empayar besar dengan downline-downline saya
    - Nak capai target setiap bulan
    - ..... (banyak lagi yang saya belum catat...)

2. Apa yang harus dibuat
    - Belajar dengan mentor
    - sharing - dalam FB, blog, instagram dan juga dengan rakan taulan - ini kena asah bakat PRO
    - sponsoring - menaja seberapa ramai individu yang ingin berjaya dan ingin selalu bersama Shaklee
    - servicing - memberikan panduan, khidmat nasihat kepada pelanggan-pelanggan termasuk downlin sendiri untuk mengekalkan kestabilan bisnes.

3. Pengukuhan Jiwa
    - Belajar buat amal kebajikan untuk diri sendiri
    - Belajar megaji
    - Belajar hafal doa, belajar sentiasa berdoa.
    -Belajar perbaiki diri selalu dan selalu bertaubat kepada Allah
    - Belajar dengan orang-orang telah berjaya dalam MLM (melalui FB, melalui talk youtube dan sebagainya. )
    - Baca buku selalu.


*setakat ini dahulu nota untuk diri sendiri... nanti akan dikemaskini lagi.. kerana ketandusan idea.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan