Amal dan Latih untuk Tabung Akhirat

Assalamualaikum.

Bersiaran di waktu malam. Iman dah tidur. Ingat nak buat sedikit aktviti online.

Nak buatlah catatan sedikit di blog ini untuk reminder diri sendiri.

Mengingat balik detik-detik saya mengalami pendarahan hari itu, saya amatlah sedih dan risau sekiranya kandungan saya tidak dapat diselamatkan.

Saya berdoa dalam hati berkali-kali mohon anak ini dipanjangkan usia dan nyawa serta diberikan kesihatan yang baik. Memang itu yang benar-benar berlaku.

Dan saya ingin mengingatkan diri saya supaya jangan hanya memohon dan merayu pada Rabb ketika kecemasan sahaja mahupun ketika saya dalam keadaan di hujung nyawa. Saya seharusnya dan sewajibnya, mengajar dan melatih diri saya untuk memohon dan merayu selalu pada Allah yang Maha Kuasa sepanjang masa.

Susah kan?

Saya sendiri mengalaminya. Sekarang saya sihat dan tiada apa-apa komplikasi, doa pun kurang. Betapa nipisnya yang akal kita dan iman kita.

Mulai hari ini, saya akan belajar dan melatih diri saya untuk memohon dan merayu kepada Rabbku yang Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani.

Jom kita sama-sama berdoa dan beramal.

Jom kita sama-sama berusaha untuk 'menabung' ke tabung akhirat.

Alhamdulillah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa