Isnin, 28 Mac 2016

Erk! Salah siapa?

Assalamualaikum.

Hampir sebulan tak update blog. Nak salahkan siapa ya saya tak update blog?

Tapi memang susah nak elak mood swing masa kehamilan ini.

Kehamilan kali ini, saya banyak kena pening kepala, loya-loya. Kira kali ini, saya agak banyak cabaran berbanding semasa hamilkan Iman.

Saya tak ingat, tapi semasa hamilkan Iman, saya rasa macam semua ok.

Kali ini, selalu pening loya.

Setakat hari ini, pening loya dah beransur kurang.

Alhamdulillah. Walaupun bulan lepas, saya mengalami pendarahan, Alhamdulillah bayi selamat dan sihat. Dan saya doakan sehingga bersalin.

Hari ini ada checkup di klinik kesihatan. Tapi awal-awal kehamilan begini (dalam 12-20 minggu) belum ada apa-apa yang menarik lagi.

Yang menarik, bila check up nak scan jantina tu nanti.

:)

Ok lah. Saya rehat sini ya. Nanti sambung catat lagi pengalaman mengandung.

Peace yo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan