Rabu, 11 Jun 2014

TERSENTAP -- Insaf

Salam.
Alhamdulillah.

Hari ini, pagi-pagi saya menerima perkhabaran tentang kematian satu pasangan, yang mana mereka adalah  jiran (kedai) kepada suami saya. Dan saya terasa sangat tersentap dan insaf. Ya Allah, kematian itu tiba tanpa kita jemput. Ya Allah, saya insaf.

Kenapa saya mencatatkan perasaan saya dan fikirann saya pada entri ini. Ini kerana saya ingin menjadikan ia sebagai suatu peringatan kepada diri saya dan juga rakan-rakan baik di luar sana. Bahawa memang hidup ini tidak dijangka. Kita kadang-kadang terlupa bahawa Allah akan menjemput kita (manusia) bila-bila masa sahaja. Kita sekarang, waktu ini, ketika ii, berfikiran macam-macam, tentang masa depan, perancangan kewangan dan sebagainya. Dan janganlah kita lupa, bekalan untuk akhirat dan juga menyediakan bekalan untuk anak-anak kita sekiranya berlaku apa-apa kepada kita (ibubapa)

Ya Allah, rahmatilah pasangan yang telah mati ini dan lindungi anak-anak mereka. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan