Artikel Dari SuratKhabar : Perbaiki Diri dari Sudut Agama, Dunia




<Mutiara Doa>

Doa apabila Sukar Tidur
Zaid bin Tsabit R.A. berkata :
Aku mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai kesukaran tidur yang dialami, lalu baginda SAW mengajarku  untuk membaca : "Ya Allah, bintang-bintang yang telah redup dan mata pun telah lemah, sedangkan Engkau Maha Hidup lagi tidak bersandar kepada sesiapa pun. Engkau tidak mengantuk dan tidak pula tertidur. Wahai Zat yang Maha Hidup dan terus menerus menguruskan makhlukNya, tenangkanlah malamku dan pejamkanlah kedua-dua mataku."
Aku pun membacanya, maka Allah menghilangkan daripadaku penyakit sukar tidur yang aku alami. (Riwayat Ibnu Sunni)

Buraidah berkata, Khalid bin Walid al-Makhzumi RA pernah mengeluh kepada Rasulullah SAW mengenai kesukaran tidur : "Wahai Rasulullah, aku mengalami kesukaran tidur ketika malam tiba." Jawab Rasulullah : "Apabila engkau berbaring di tempat tidur, maka ucapkanlah: Ya Allah, Tuhan Pencipta tujuh langit dengan segala yang dinaungiNya, Tuhan Pencipta seluruh jagat dengan apa dikandungnya, Tuhan Pencipta syaitan dengan segala yang disesatkannya, jadilah Engkau Ya Allah pendamping yang melindungiku daripada segala kejahatan yang dilakukan makhlukMu kepadaku atau sesiapa sahja yang akan menyakitiku dan menyerangku. Maha Tinggi Engkau dan tiada tuhan selain Engkau. (Berdasarkan riwayat at-Tirmidzi)


Doa Memperbaiki di dari sudut agama dan dunia

"Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi banteng pelindung urusanku, Perbaikilah duniaku yang menjadi tempat hidupku. Dan perbaiki akhiratku yang menjadi tempatku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan dan jadikanlah mati sebagai kebebasan bagiku daripada segala kejahatan." (Berdasarkan riwayat Muslim)


Doa Memohon Kebenaran

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku." (Lihat Surah Al-Isra, ayat 80)


Doa untuk Menghidarkan Sifat Dengki

"Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engka jadikan di dalam hati kami rasa dengki terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu." (Lihat Surah al-Hasyr, ayat 10)


Doa agar Mendapat Keputusan yang Adil

" Kepada Allahlah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran kerana Engkau sebaik-baik Hakim." (Lihat Surah al-A'raf, ayat 89)

"Ya Tuhanku, hukumkanlah dengan benar; dan Tuhan kami Maha Pemurah yang dipohon pertolonganNya atas apa yang kamu sifatkan itu." (Lihat Surah al-Anbiya, ayat 112)


Doa Keselamatan dan Pengampunan

"Ya Allah, aku bermohon kepadaMu segala yang mendatang rahmat daripadaMu, segala yang menyebabkan pengampunanMu, yang menyebabkan terselamat daripada semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurga dan terselamat dari api neraka." (Berdasarkan hadis direkodkan oleh Hakim)





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa