Ahad, 25 Februari 2018

Kesihatan Adalah Perkara Sepanjang Masa

Assalamualaikum.

Bercerita tentang kesihatan ini, ini adalah isu sepanjang masa, dari dulu sampai sekarang, sehingga masa akan datang. Manusia akan berusaha sepanjang masa untuk meningkatkan kesihatan. Sebab itu kita masih melihat para doktor, para saintis dari dulu sampai sekarang mengkaji pelbagai aspek berkaitan kesihatan - ubat-ubatan, vaksin, punca penyakit, bagaimana hendak mengelakkan penyakit, bagaimana nak tingkatkan kesihatan dan sebagainya, ia berterusan sampai bila-bila.

Di Shaklee, tujuan asal Doktor Shaklee adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dan masih sehingga hari ini. Shaklee mengekalkan misi asalnya, kerana beliau percaya kesihatan adalah sangat penting.

Kita hari ini, kadang-kadang lupa akan pentingnya kesihatan. Sehingga satu saat kita jumpa doktor, doktor diagnos kita dengan penyakit itu penyakit ini, baru kita tersedar. Kesihatan akan menjadi highlight bila kita sakit. Tapi bila kita sihat kita lupa yang sihat itu kena diusahakan.

Badan kita kena dijaga diperhatikan, supaya kita mengurang seminimalnya risiko mendapat penyakit kritikal.

Usahakanlah dari sekarang, bersenam, makan makan berkhasiat dan seimbang, berhenti merokok dan alkohol. Dan berusaha untuk tambaha suplimen dalam amalan harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan