Sharing dari whatsapp

*DARUL MUJTABA:*
*PENGHAKIMAN PALING 'ANEH' DIDUNIA PERNAH TERJADI DALAM SEJARAH*

*KEHEBATAN KEADILAN ISLAM*

Selepas Samarkand jatuh ke tangan Tentera Islam, paderi besar negeri itu mengutus surat kepada *Khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz.* Di dlm surat tersebut dia mdakwa panglima Tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kpd Islam.

Umar mengarahkan *hakim yg dilantik Utk bertugas di Samarkand bernama Jumay’* agar mbicarakan kes yg didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua² pihak, pdakwa [paderi besar Samarkand] dan yg didakwa *[Qutaibah, panglima angkatan Tentera Islam].* Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dgn sebarang gelaran. Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan *paderi besar Samarkand* di hadapan hakim Samarkand yg muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dgn mgajukan soalan kpd *paderi besar Samarkand;*

*Hakim:* *Apakah dakwaan kamu wahai Org Samarkand?*

*Paderi:* *Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kpd Islam terlebih dahulu dan mberi tempoh kpd kami Utk kami mbuat keputusan mgenai pendirian kami!*

*Hakim* berpaling kpd Qutaibah seraya bertanya; *Apa jwpan kamu thdp dakwaan ini wahai Qutaibah?*

*Qutaibah:* Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri² di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

*Hakim:* *Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka [penduduk Samarkand] kpd Islam atau mbayar jizyah atau perang?*

*Qutaibah:* Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dgn alasan yg telah Sy sebutkan tadi.

*Hakim:* *Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yg didakwa mengaku, slsai lah perbicaraan.*
*Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dgn [berpegang kpd] agama, mjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.*

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:
*Hakim:* *Kami memutuskan supaya semua Org Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, Org lelaki, kanak² dan wanita. Mereka hendaklah mgosongkan kedai² dan rumah² mereka. Jgn ada SeOrg pun Org Islam yg tinggal di Samarkand!*
Paderi besar terpinga², tidak percaya dgn apa yg dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan slsai dlm masa bbrpa minit shj.

Paderi besar dan Org² Samarkand yg turut hadir dlm mahkamah ketika itu, tidak menyedari bhwa *perbicaraan telahpun slsai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.*

Hanya bbrpa saat shj Slps itu, pdduk Samarkand mdngar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu² berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera² kelihatan berkibaran di sebalik debu²  yg bertiupan. Mereka tertanya² kehairanan, apa yg telah terjadi? Lalu diberitahu kpd mereka bhwa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar.
Satu pemandangan yg sungguh menakjubkan dan menggemparkan.
Dan terbenam shj matahari pd hari itu, anjing² berkeliaran di jalan² yg sunyi, suara² tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yg adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas paderi besar dan seluruh pdduk Samarkand tidak dpt menahan diri lebih lama lagi.

Mereka keluar berarak beramai²-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bhwa *TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH.*

*# Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yg agung. Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, lalu pdduk kota itu mbuat dakwaan ke atas tentera yg menakluk, dan akhirnya tentera yg menakluk itu kalah dlm perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yg telah ditakluknya?*

Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dlm sejarah mana² umat di dunia ini selain dari umat Islam!

*... Dipetik dari kitab ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi*

_*♡Sharing is Caring♡*_
WallahuA'lam..والله اعلم

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa