Isnin, 14 November 2016

Amalan kita

Assalamualaikum.

LB dah mula kerja dah. Dah seminggu. Hari ini, nak sembang-sembang santai sambil-sambil beramal. Boleh ke macam tu?

Dah lama tak mengarang di blog ini, kerana akal tengah 'berperang' nak tulis artikel yang orang kata memberikan manfaat.

Selama ini tidak memberikan manfaat ke?

Bergantung kepada di mana kita letak sudut perspektif kita. Sebab setiap benda kalau dilihat dari sudut berbeza, kita akan mendapat input yang berbeza.

Jadi hari ini, LB nak share sesuatu yang berbeza sedikit dari biasa.

Amalan untuk Saham Akhirat

Sebenarnya, LB bukan hendak berceramah, cuma ingin berkongsi rasa.

Pernah tak rasa takut tiba-tiba ajal menjelma dan meragut nyawa kita? Dan cuba fikirkan apa amalan yang pernah kita buat untuk tabung menyelamatkan diri di akhirat.

LB pun pernah disentuh perasaan takut sedemikian. Kita ingat kita ni kebal sehingga akhirat, sedangkan akhirat adalah tempat paling menakutkan jika kita tidak membawa iman dan bekal.

Jadi apa kata kita buat langkah-langkah kecil untuk menabung ke saham akhirat.

1. Sedekah RM 2 sehari. - RM 1 untuk Allah s.w.t. & RM 1 lagi untuk diri kita - samada untuk berjaya di dunia mahupun akhirat.

2. Zikir. - Kita zikirkan paling kurang 10 kali di mulut kita sehari. Googlekan zikir yang afdal untuk diamalkan. Mulakan 10 sehari. Dan kemudian naikkan lagi dan naikkan lagi.

Kita sebenarnya mempunyai kesedaran tetapi tindakannya jauh sekali ( merujuk kepada LB sekali) jadi kita mulakan hari ini untuk berubah ya.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan