Pengalaman Pertama dengan Nutriferon

Assalamualaikum.

(Entri ini adalah entri saya pada 9 Mei 2013 di blog lama saya. Saya up-kan semula)
Kali ini saya ingin memperkenalkan Nutriferon Shaklee. Jumaat lepas adalah kali pertama saya mencuba Nutriferon. Dek kerana kebelakangan ini saya selalu kena serang batuk, maka terdetik di hati saya untuk mencuba nutriferon. Timing tepat sekali. Minggu lepas saya membeli sekotak dari HQ Shaklee, dan kebiasaannya, barang akan sampai pada hari Khamis atau Jumaat. Anyway, pada Rabu cuti Hari Pekerja, Khamis tambah cuti sehari.
Malangnya entah apa yang jadi malam Rabu tu, pagi Khamis saya merasa tak sedap badan. Badan rasa lain macam, nafas panas, kepala sakit, dahi rasa panas. Nasib hari tu, demam yang menyerang tak teruk. Boleh lah saya bermain bersama anak sya Iman. Entah kenapa, saya tak nak telan panadol. Mungkin sebab baca artikel berkaitan bahayanya panadol. Saya tak amik pun panadol walaupun badan dah rasa sangat tak sihat.


Barang yang saya order tu sampai lewat petang, sebab dihantar ke suami saya. Jadi saya kena tunggu suami saya balik baru dapat produk Shaklee. Malam tu saya tak amik lagi Nutriferon. Saya mandi untuk sejukkan badan dan melegakan kepala yang sakit disebabkan suhu badan yang tinggi. Memang badan rasa sedap lepas mandi, kepala dijirus (di-shower) lama-lama. Memang kurang rasa sakit kepala.(Kisah tak sampai Nutriferon lagi).  Malam tu saya tak telan lagi Nutriferon, kerana dah tak tahan nak tido.


Kesokkan harinya, saya menelan Nutriferon di ofis. Pagi Jumaat tu, saya bersin2 petanda selsema nak menjelma. Namun pagi tu saya rasa badan saya ok. Malam tu balik ke rumah, saya telan lagi 1 stick Nutriferon. Malam tu batuk2 bersin.2. Saya teruskan pengambilan Nutriferon lagi selama 2 hari, 1 stick setiap hari. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni saya tidak batuk2 atau kena selsema. Sebelum2 ni saya ernah dijangkitti batuk2 sehingga sebulan lebih, sekiranya saya dihinggapi lagi confirm akan lama nak sembuh. Alhamdulillah, saya telah mencuba Nutriferon (immune booster), boleh saya katakan membantu dalam mencegah batuk2 dan selsema dari menyerang dan kalau telah dijangkiti, supaya lebih cepat sembuh
Walau apapun, Nutriferon adalah cuma makanan tambahan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, dan bukan 'miracle medicine', ia cuma membantu dalam meningkatkan kesihatan anda. Faktor2 lain seperti tindak balas badan anda dengan makanan tambahan juga mempengaruhi outcome suatu produk. Selain itu, HARUS diingatkan, yang menyembuhkankan kita adalah Allah s.w.t. Jadi, usaha dan tawakal harus seiiring dalam mencapai kesihatan yang optimum. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa