Kepentingan Kitaran Haid yang Normal

Assalamualaikum.

Bersiaran pada pukul 2 pagi. Bukan tak boleh tidur. Tetapi tak nak tidur. Teringin nak coretkan sesuatu di blog kesayangan ini.

Sudah lama tak mengarang ayat sendiri di sini.:p ... Ada alasannya.

Anyway... LBJ hari ini nak kongsikan kepentingan kitaran haid yang normal kepada gadis dan wanita.

Kitaran haid ini, sebenarnya petanda kesuburan wanita. Dan tempoh masa kitaran haid boleh memberikan petunjuk kepada kesihatan wanita.



LBJ teringat zaman sekolah menengah dulu. Kebiasaannya kitaran haid sewaktu remaja agak kucar kacir. LBJ semasa waktu itu (sewaktu tingkatan 5) mengalami kitaran haid yang agak celaru. Waktu itu, tempoh haidnya panjang. LBJ mengalami pengeluaran haid secara sikit-sikit dalam tempoh agak lama. Kadang-kadang sehingga sebulan, sebulan lebih pun ada.

Dan waktu itu, mak tempat merujuk. Jadi mak bagi LBJ minum pati ayam (Ayam Brand). Berkesan, Pada pendapat LBJ, kemungkinan masa itu, LBJ selalu penat dan stress. Ya la, remaja kan. Sekolah dan kehidupan (mencari erti kehidupan).

Badan yang penat dan stress boleh mempengaruhi corak kitaran haid.

Kemudian setelah masuk kolej, LBJ tak berapa ingat, tapi rasa-rasanya ada sahabat baik perkenalkan Evening Primrose Oil. Masa itu, LBJ juga mengalami kitaran yang celaru.  Jadi, LBJ pun cuba lah. Memang membantu meregularkan kitaran haid.

Biasanya LBJ mengalami kecelaruan kitaran haid bila penat dan stress. Jika tak, kitaran haid macam biasa sahaja.



Kenapa kita (wanita) kena tengok kitaran haid ini? Sebab kitaran haid ini adalah aras penunjuk kepada kesihatan rahim kita. Ia mempengaruhi peluang untuk mendapatkan anak. Kesihatan rahim menentukan tinggi atau rendahnya peluang untuk mendapatkan anak.

Sekiranya rahim tidak sihat, seperti mempunyai fibroid, tersumbat di tiub fallopia dan lain-lain lagi, ia mengurangkan peratusan peluang untuk hamil. Maka, wanita seharusnya menjaga dan mengambil berat tentang rahim dengan memerhatikan kitaran haid.

Cuba perhatikan jika ada:
1. Kitaran haid yang tak menentu atau luar biasa.
2. Mengalami kesakitan yang amat sangat sewaktu haid.
3. Lelehan berlebihan di faraj sewaktu tidak haid (keputihan)

Jika ada, adalah lebih baik berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Sebab mencegah lebih baik daripada merawat.

Selain itu, sekiranya kitaran haid tidak normal ia juga mempengaruhi emosi dan juga hubungan suami isteri (sekiranya sudah berkahwin).

Jadi apa tips yang boleh kita (wanita) amalkan untuk memperbaiki kitaran haid ke paras normal?


  1. Boleh amalkan supplemen.
  2. Jaga kesihatan.
  3. Amalkan pemakanan yang sihat.
  4. Bersenam.
  5. Dapatkan rawatan dari Doktor
Untuk membantu anda yang mencari supplemen untuk membantu meregularkan kitaran haid, LBJ sarankan anda untuk mengambil GLA Complex dari Shaklee.




Boleh dapatkan dari LBJ dengan whatsapp ke 016 874 9195.

LBJ akan memberikan konsultasi percuma kepada pelanggan yang telah membeli dari LBJ.

Lokasi C.O.D LBJ adalah sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Kajang sahaja. Selain itu, semua adalah penghantaran melalui pos.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa