Khamis, 22 September 2016

Tersekat di sini

Assalamualaikum.

Semenjak LBJ merancang untuk mengecilkan niche blog ini, terasa juga idea tersekat. Namun perasaan ingin menulis entri tetap membuak-buak ada. Cuma belum ada idea hendak menulis.

Bagi LBJ setiap yang LBJ tuliskan di blog ini, adalah untuk perkongsian bersama. Sama ada dari segi idea, kebaikan produk Shaklee, tips, foto dan sebagainya.

Tahu tak kenapa perasaan ingin menulis membuak-buak?
Salah satunya ialah apabila kita melihat statistik pengunjung meningkat, dan semakin lama semakin naik angka itu. Itu satu motivasi. Salah satu lagi, apabila ada pembaca yang meninggalkan komen. Itu juga membuatkan LBJ ingin terus menulis dan menulis.

In shaa Allah, suatu hari nanti LBJ akan mulakan blog di mana LBJ akan karang cerita-cerita pendek fiksyen untuk mengasah bakat menulis LBJ sendiri.

In shaa Allah, entri seterusnya LBJ akan menggunakan ayat sendiri untuk menceritakan tentang produk Shaklee. Sekarang masih mencari bahan dan cuba mencari fakta yang sesuai untuk dimasukkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan