OVERWHELMED...

Assalamualaikum.

Sudah sebulan LBJ tak bersiaran. Tahu tak kenapa? Sekiranya yang follow LBJ di FB personal, LBJ telah selamat bersalin pada 8.8.2016.

OVERWHELMED. Sekiranya u ols tahu maksud perkataan ini, inilah yang LBJ rasa sekarang- OVERWHELMED.

LBJ dibanjiri bermacam perasaan semenjak melahirkan puteriku, Aina. Entah kenapa LBJ sering dibanjiri perasaan yang pelbagai rasa. Sehinggakan tidur LBJ pun dipenuhi dengan mimpi yang bermacam-macam.

Ya Allah, bagaimana harusku sampaikan ledakan perasaanku terhadap kurniaanMu yang melimpah ruah.

*Setakat ini dahulu coretan LBJ.. masih lagi cuba meng-handle perasaan yang meledak-ledak ini.

Ulasan