Isnin, 27 Oktober 2014

Segmen Perniagaan di Sekeliling Saya : Kumpulan Gamelan Slendro

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, dipermudahkan saya untuk bersiaran pada malam ini dalam Segmen Perniagaan di Sekeliling Saya. Best tak tajuk Segmen Perniagaan di Sekeliling Saya? Macam best je kan.

OK. Untuk kali pertama ini, saya ingin memperkenalkan satu perniagaan servis muzik tradisional yang saya rasa, saya jarang jumpa kat mana-mana online shop. Memang jarang. Sebab tu, bila saya terjumpa post mereka di dalam satu group iklan Facebook, saya terus tertarik untuk promote perniagaan mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Kumpulan Gamelan Slendro.

Untuk permulaan kita kenali latar belakang Kumpulan Gamelan Slendron ini.

Pengenalan :


" Adat Dijunjung,Budaya Disanjung"


Kumpulan Gamelan Slendro pada awalnya telah ditubuhkan dan dirasmikan pada Februari 1998 di atas usaha Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan, En Yusuf Budin, dalam memartabatkan kesenian Gamelan di mata masyarakat Malaysia amnya. Semoga Seni Muzik Gamelan Malaysia tidak luput ditelan zaman.

Kumpulan Gamelan Slendro menawarkan khidmat persembahan untuk acara/majlis rasmi/tidak rasmi untuk badan/syarikat korporat/umum ataupun individu/orang perseorangan seperti:

  • Majlis Jamuan Makan, Perasmian/Penutupan, Pelancaran & Anugerah/Penganugerahan.
  • Majlis Istiadat Konvokesyen, Konvensyen, Persidangan, Seminar, Ekspo, Pameran & Jualan. 
  • Majlis Pernikahan & Perkahwinan/Persandingan. 
  • Majlis Perayaan, Berbuka Puasa, Bazar Ramadan, Sambutan Hari Raya, Hari Kebangsaan/Kemerdekaan, Tahun Baru dan sebagainya.


Pengajar Sambilan bagi kursus/kumpulan muzik gamelan peringkat sekolah, kolej, universiti, syarikat, badan korporat/kerajaan & persendirian. *


Untuk mengetahui bagaimana prestasi servis yang ditawarkan mari kita mainkan  dua video di bawah untuk menghayati persembahan mereka: (kedua-dua video ini diambil dari fanpage https://www.facebook.com/gamelanslendro )






Bagaimana persembahan mereka? Menarik kan? Adat Melayu harus diteruskan. Dan untuk itu mari kita sokong perkumpulan muzik Gamelan ini, atau mana-mana muzik tradisional di dalam Malaysia ini, agar ia menjadi jati diri dan identiti sejati kita. Untuk mengetahui lebih banyak tentang kumpulan Gamelan Slendro ini boleh pergi ke fanpage mereka seperti yang tertera di bawah.

Untuk mendapat perkhidmatan atau sebarang pertanyaan berkaitan  persembahan Gamelan ini, anda boleh :
1. Call/SMS/ WhatsApp ke En Abdul Mukmin  di 019-364 7782
2. Lawati Fanpage : https://www.facebook.com/gamelanslendro
3. Lawati blog : http://gamelanslendro.blogspot.com/


Info Lain Tentang Persembahan:
Persembahan adalah termasuk lagu-lagu Traditional Gamelan Melayu daripada Istana Pahang dan Terengganu, seperti Timang Burung, Topeng, Kunang-kunang Mabuk, Geliong, dan lagu-lagu Rakyat Melayu seperti Lenggang Kangkung, Ikan Kekek, Dayung Sampan, Wau Bulan, dan juga lagu-lagu kontemporari moden seperti Shanghai Beach, Sukiyaki, Dikir Puteri, Anak Kampung.
- 5 Ahli Muzik Gamelan Profesional
- Alatan Muzik Lengkap
- Pengangkutan (Ahli Muzik dan Alatan Muzik)
- Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 4 Jam
- Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa / persembahan Aidilfitri / Hari Raya).


Dan akhir sekali, untuk info lanjut boleh terus berhubung dengan En Abdul Mukmin seperti yang tertera di atas.

(* Teks Pengenalan adalah diambil dari blog http://gamelanslendro.blogspot.com/ )


Saya, hanya ingin memperkenalkan perniagaan sekeliling saya melalui blog, dan ingin menyatakan bahawa boleh menjadi medium yang penting untuk pemasaran dan penyebaran maklumat.

Berminat untuk menjadi Akademi Bekerja di Rumah dan menjadi blog senjata anda untuk mempromosikan produk anda? Sila hubungi saya melalui cara yang diberikan di bawah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan