Rabu, 29 Oktober 2014

Pengalaman Perniagaan Saya

(Teks : Lenny Boniface)

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Perniagaan oh perniagaan... alangkah bagusnya jika saya dibukakan minda dan hati dengan perniagaan sejak dari muda lagi? Sebagai permulaan, saya nak cerita bagaimana saya terdetik di  hati untuk menceburi perniagaan, sedangkan saya tidak kenal perniagaan.

Semuanya bermula, apabila saya sudah mula bekerja di jabatan kerajaan. Sebenarnya mendapat kerja di jabatan kerajaan ini, bagai suatu tuah. Orang kampung selalu berkata, bertuahnya dapat kerja kerajaan. Pada permulaannya saya juga beranggapan begitu. Sehinggalah suatu hari, mendiang mak saya jatuh sakit. Pada masa itu, saya bekerja di Kuching, Sarawak. Manakala mak saya pula berada di Mukah, Sarawak.  Jarak perjalanannya agak jauh walaupun saya berada di negeri yang sama, al-maklumlah, Sarawak tu besar negerinya. Balik memang boleh balik, tetapi apabila kita bekerja dengan suatu organisasi, kita terikat dengan peraturan dan undang-undang, serta tertakluk pada arahan ketua organisasi. Berbalik kepada cerita, saya minta cuti untuk balik tengok mak saya. Sampai di kampung saya, saya selalu teman mak saya di hospital selama beberapa hari. Tapi saya salah membuat perhitungan, saya telah memohon cuti selama 3 hari sahaja. Dan dalam tempoh saya bercuti jaga mak saya tu, bos saya pula telefon. Dia tanya bila nak balik, katanya pejabat tak cukup staf. Dek kerana akal yang pendek dan dangkal, saya buntu, Maka saya buat keputusan balik ke Kuching, Sarawak, sebelum mak saya betul-betul sembuh. Ya Allah, dangkalnya saya. Sekarang ingat balik, memang kutuk diri sendiri. Semasa mendiang ayah saya hantar saya naik kenderaan awam, apabila saya pusingkan badan membelakangkan ayah, saya terus menangis kerana sedih yang teramat sangat terpaksa balik ke Kuching, Sarawak.

Sejak detik tersebut, saya sentiasa berfikir bagaimana saya tidak akan terikat dengan peraturan organisasi, dan mempunyai kuasa ke atas masa saya sendiri. Maksud masa ini ialah masa saya adalah milik saya, saya nak cuti berapa lama, saya boleh cuti ikut sesuka hati saya dan tiada bos yang akan telefon saya semasa saya cuti. Bukankah seronoknya kalau impian itu menjadi kenyataan. Jadi lama juga saya berfikir. Kemudian, saya fikir bagaimana caranya saya tidak perlu hadapi arahan pihak atasan untuk berpindah tempat kerja. Dan saya boleh pilih di mana sahaja saya boleh tinggal dan bekerja. Kalau saya tak suka saya boleh pindah tempat yang saya suka. Tak perlu ikut arahan pihak atasan. Dan juga saya fikirkan bagaimana saya hendak mendapatkan duit untuk membelikan apa sahaja yang mak ayah saya minta.

Akhirnya, pada suatu hari, di pejabat, saya terfikir hendak menjalankan perniagaan beg. Idea datang secara tiba-tiba. Masa itulah otak saya jenuh dengan idea nak berniaga apa. Masa itu, saya bujang, lepas tu, kenalan tak ramai. Mana saya tahu bagaimana hendak mula. Jadi perkara terpendam macam tu sahaja.

Sehinggalah saya bertukar ke  Semenanjung Malaysia sebab saya berkahwin dengan orang Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, Allah bukakan mata saya. Saya nak cuba macam-maca perniagaan. Saya jadi ahli Avon dan Cosway. Sebab saya ingin saya boleh buat pendapatan sampingan kecil-kecilan dengan modal yang kecil. Dan perkara yang paling saya bersyukur sekali ialah saya menemui Shaklee dan menjadi ahlinya.

Di Shaklee saya berjumpa dengan upline saya Arnie Samsudin, di sini baru saya kenal ilmu perniagaan. Dulu main redah sahaja. Nampak apa, masuk ahli. Nampak itu, masuk ahli, nampak ini, pun masuk ahli. Tapi, di Shaklee, hati saya tetap. Saya belajar jumpa orang yang saya tak kenal. Saya belajar selok-belok perniagaan. Saya belajar bagaimana nak fokus dalam satu perniagaan dahulu sehingga berjaya. Nak jadi ahli Shaklee cuma RM 65. Tapi berbaloi-baloi. Ya Allah, terima kasih pertemukan saya dengan Shaklee dan kak Arnie. Modal masuk ahli dah dapat balik dah, dan bonusnya bukan wang ringgit. Tapi ilmu yang diturunkan oleh penaja saya dan juga pengalaman yang saya dapat. Sehingga kini saya masih berusaha dan belajar lagi, supaya saya boleh menjadi pengedar produk Shaklee yang berjaya dan berkaliber. In shaa Allah. Doakan saya.


Kelas coaching bersama Kak Arnie

Kelas Coaching Bersama Kak Arnie

Kejutan lain saya menyertai Shaklee, saya berkenalan dengan Nurzahwani Mohd Nor, yang juga adalah downline Arnie Samsudin. Tak selepas kami bertemu di Bengkel anjuran, beliau telah menjadi mentor saya di ABDR. Baguskan Shaklee?

Peluang ada di mana-mana sahaja. Saya bertemu kak Arnie secara online di dalam rumah saya sendiri. Saya tidak keluar rumah pun. Tapi pertemuan tersebut, mempertemukan saya dengan banyak perkara dan ramai orang yang penting. Jadi kepada individu di luar sana, saya pesan cari impian anda dan cari peluang. Dan jumpa peluang terus pegang jangan lepas. Kita tak akan tahu ke mana peluang itu akan bawa kita. Sentiasa positif dan fikirkan yang terbaik. Doa dan doa. Dan tolong doakan untuk saya sekali ya. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat.


Berminat hendak jadi ahli Shaklee? hubungi saya.
Berminat hendak menjadi ahli ABDR? Hubungi saya.


Mungkin saya peluang anda ke arah membuat langkah pertama. Jangan tanya kenapa. Cuba dulu. Hubungi saya tanpa ragu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan