BEST ARTIKEL : Dilema Ibu Bekerja Yang Tak Pernah Padam

Salam.

Alhamdulillah.

Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama kawan-kawan ABDR sekalian. Ditulis oleh oleh Mommy Lyna, seorang WAHM. Boleh klik link di bawah untuk bacaan lanjut.


Link : http://mysuperkids.net/dilema-ibu-bekerja-yang-tak-pernah-padam/

Dilema Ibu Bekerja Yang Tak Pernah Padam

by Mommy Lyna on April 16, 2014 · 3 comments
 
Orang kata kalau bekerja di Kuala Lumpur ni, keluar pagi balik malam, tak sempat tengok matahari. Keluar sebelum matahari naik, balik rumah matahari dah tenggelam. Ya, setelah merasainya sendiri, memang bukan orang kata lagi. Semasa tinggal di Kepong dan naik komuter ke pejabat, seawal jam 6.15 pagi dah keluar rumah. Lepas subuh terus lari. Maklumlah komuter masa tu sistemnya harus kita yang mendahului dia. Kalau miss tren, ramai orang satu hal, siap nak berdiri pun kaki tak jejak lantai.. heh, ini kenyataan, pengalaman sendiri! Bersesak macam sardin sampai terhimpit, kaki tak cecah lantai, tergantung-gantung di celah-celah manusia. Tapi sekarang takde dah kot..? Dah ada koc khas untuk perempuan dah.
Bila dah berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri (setelah pindah kembali ke Kuala Lumpur dari Miri), saya dah tak naik komuter.. nak kena hantar anak ke taska. Jadinya bawa kereta sampai ke pejabat. Samalah juga, keluar pagi, balik dah malam. Bila balik rumah, terus masuk dapur. Lepas makan malam, layan anak sekejap, kemudian buka SOHO pula.
Bila Abiy dah dapat tugasan baru, makin lambat pulangnya. Kadangkala jam 1 pagi baru balik.
Itu saya. Kawan-kawan seangkatan, ada yang berbulan tak jumpa anak. Terpaksa bertugas di fabrication yard, di tengah laut… Antara tugas sebagai seorang jurutera, ibu dan isteri…
Namun sebenarnya, bekerja bukan penghalang untuk bonding antara ibu dengan anaknya. Ramai je kawan saya yang bukan saja bekerja Isnin-Jumaat, malah hari minggu pun ke pejabat juga…. tapi kebajikan anak-anak tetap tiptop. Malah pengendalian mereka terhadap anak-anak melebihi ibu yang tak bekerja di luar pun.
Tapi ada satu benda yang saya ralatkan… Cuti saya tak banyak, masa kerja dulu 15 hari je setahun. Saya dedikasikan cuti tahunan untuk cuti hari raya dan cuti jaga anak sakit. Tak adil sungguh kan, anak sakit kena tolak cuti tahunan. Kalau anak satu je takpe, kalau yang 4-5 orang? Heheh. Dulu memang kitorang tak ke mana-mana pun. Takde cuti (dan takde duit juga).
Saya tak tahu orang lain, tapi ini memang dilema saya. Lagi-lagi bila Paeds anak-anak ni nasihatkan, kalau anak demam, tak payah susah-susah, ambil je cuti, jaga kat rumah. Penjagaan ibu tu jauh lebih baik dari beri ubat-ubatan. Kata dia lah. Aduhai, dilema sungguh. Minta MC untuk jaga anak, tak boleh pula.
Itu belum lagi fikirkan bab hantar-ambil anak sekolah, transit, dan sebagainya.
Mungkin saya yang fikir complicated.. maklumlah, biasanya anak-anak ni semuanya saya siapkan. Tak boleh nak fikir bagaimana mereka nak naik-turun van, bagaimana nak settle-kan barang-barang ke sekolah agama, etc.
Alhamdulillah, bila saya berhenti kerja pada tahun 2012, semua dilema berakhir, syukur alhamdulillah. Tak perlu fikirkan tentang cuti, tentang sekolah anak dan sebagainya, kerana semuanya saya boleh laksanakan, insya-Allah. Rutin setiap hari, hantar Hafiy ke sekolah, kemudian adik-adiknya ke tadika… tengah hari ambil dia, hantar pula ke sekolah agama. Syukur, terlaksana impian untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupun kadangkala saya sibuk, namun masa kualiti dapat diberi apabila bawa anak-anak bercuti atau balik kampung.
Memanglah, bukan senang nak sampai ke titik ini… kalau nak berhenti kerja dan tidak buat apa-apa aktiviti yang mendatangkan penghasilan kewangan (SAHM banyaaaak sangat kerja, bukannya tak buat apa) mungkin situasinya lain. Tapi saya lebih suka melakukan sesuatu (bisnes) alhamdulillah, yang dijalankan dari rumah kini di tahap yang agak selesa. Nak jadi ibu yang perfect, saya rasa mustahil, tapi saya cuba jadi ibu terbaik untuk anak-anak.
Kepada ibu-ibu yang ada dilema yang serupa saya, jangan takut nak keluarkan diri dari dilema itu. Kita boleh mengubah hidup kita kalau kita mahu. Apabila kita dah mula ada perasaan ‘tak suka’, ‘tak best’, itu sebenarnya adalah ilham yang diberi oleh Yang Maha Kuasa kepada kita. Jangan biarkan diri menjadi mangsa keadaan, anda boleh mengubahnya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa