Tips dari Artikel Online

Saya adalah subscriber e-mel MaryEllen Tribby. Beliau adalah seorang usahawanita yang menjalankan perniagaan memberi tips dan nasihat perniagaan kepada klien beliau. Beliau memberi nasihat kepada usahawan-usahawan unggul dalam penerbitan informasi dan pemasaran digital. Pembaca boleh baca info tentang Mary Ellen Tribby di sini.

Jujur saya katakan saya cuma melanggan e-mel dari beberapa website yang berpengaruh tetapi jarang membaca intipati e-mel tersebut. Maka pada hari ini, saya pergi ke www.workingmomsonly.com yang dikelolakan oleh Mary Tribby Ellen ini. Dan telah membaca salah satu artikel yang dimasukan ke dalam website tersebut. Artikel tersebut berkaitan pemasaran yang berkesan.
Tajuknya ialah :

"3 Important Tips for Effectively Marketing Yourself, Your Products and Your Ideas"

Pemasaran adalah penting dalam bidang perniagaan, sama ada untuk memperkenalkan diri anda, produk ataupun idea anda. Setelah dibaca artikel tersebut, saya merumuskan bahawa pemasaran yang berkesan adalah pemasaran yang 'personal' dan membina hubungan.

Daripada aritkel tersebut, penulis memberikan 3 tips utama iaitu:

1.  Berkomunikasi dengan seorang individu sahaja - apabila kita menujukan atau menghantarkan e-mel, sebaiknya dan seeloknya, kita menujukan kepada seorang individu tertentu dengan menaip namanya. Dengan yang demikian, e-mel tersebut akan lebih mendapat perhatian dan pengiktirafan dari peminat atau bakal pelanggan.

2. Memberi Tambah-Nilai- Maksud di sini ialah kita memberi penghargaan kepada pelanggan atau peminat dengan lebih menulis ayat-ayat yang memberikan perhatian kepada pelanggan atau peminat lebih daripada diri kita sendiri atau produk kita.

3. Membina Hubungan - Pemasaran yang berkesan adalah apabila terjalinnya hubungan antara artis dengan peminat, penjual dengan pembeli. Apabila terjalinnya hubungan maka pemasaran boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung.

Untuk huraian lanjut artikel yang saya baca, sila klik link ini.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa