Selasa, 22 Februari 2022

Kehidupan Kuarantin Kendiri

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan dan juga peluang untuk menceriakan kembali blog ini. Kak Lenn tengah menjalani kuarantin kendiri waktu ini. Hari ini, hari ke-5 , berbaki lagi 2 hari. Alhamdulillah, Kak Lenn sihat. Dalam menjalani kuarantin kendiri ini, Kak Lenn istiqomah makan vitamin C Shaklee setiap hari dan minum air secukupnya. 

Banyak perlu disyukuri semasa diberi tempoh kuarantin ini. Pertama, dapat berehat sepuas-puasnya. Kedua, boleh melakukan projek-projek kecil yang selama ini ter-postpone tak berkesudahan. 

Antara projeknya ialah mengemas/declutter bilik, menjahit barang-barang yang koyak seperti patung beruang dan juga seluar. 


                                            




Mula-mula kuarantin tak boleh nak buat apa pun, sebab rasa seram sejuk, batuk dan flu. Tapi selepas beberapa hari, badan makin ok, mulalah kerja-kerja projek kecil tersebut.

Syukur sangat dapat menyiapkan kerja-kerja tergendala selama ini.

Walaupun pada mulanya, Kak Lenny amat risaukan anak-anak, sebab rapat dengan mereka, tetapi Alhamdulillah, anak-anak sihat , dan tidak ada gejala, dan juga seisi rumah sihat.

Jadi nasihat Kak Lenn, pada musim pandemik ini, jagalah SOP seperti yang disarankan oleh KKM. Usahlah ketegaq nak menang saja. Jaga diri dan keluarga daripada dijangkiti covid19. Kalau boleh vaksin tu, vaksinlah. 

Dan musim-musim pandemik ini, dan juga bukan pandemik, amalkanlah makan vitamin C. Kerana badan kita perlu sihat dan kuat untuk melawan penyakit.

Setakat ini dahulu coretan kali ini. InsyaAllah, musim kelapangan akan Kak Lenn catatkan lagi pengalaman-pengalaman Kak Lenn.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




PROMO FEB 2022



Tiada ulasan:

Catat Ulasan