Isnin, 13 Ogos 2018

5 Tips Membantu Ibu-ibu (newbies) yang Menyusu Badan


Bercerita tentang menyusu badan ini, Kak Lenn selalu akan kenang balik masa-masa Kak Lenn menyusu badan dahulu. Pengalaman menyusu Kak Lenn adalah pengalaman pahit-manis. Kerana menyusu badanlah Kak Lenn jumpa Shaklee.

Di sini Kak Lenn ingin kongsikan 5 tips untuk membantu ibu-ibu yang belum ada pengalaman menyusu. Bagaimana hendak memperbanyakkan susu badan atau mengekalkan pengeluaran susu yang stabil.

1. Minum air yang secukupnya 
Ibu-ibu yang menyusu badan, wajib minum air yang cukup setiap hari. Sebab susu badan terdiri daripada 90% air. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari, agar membantu penghasilan susu yang cukup untuk bayi. 

2. Amalkan urutan payudara.
Urutan payudara boleh dilakukan sendiri oleh ibu-ibu. Andai tak tahu macam mana teknik urutan payudara, boleh cari di Youtube. Kerana Kak Lenn pun mempelajarinya dari Youtube. Urutan payudara ini penting sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah aliran susu yang tidak lancar. Dan tidak dinafikan, urutan boleh membantu ibu-ibu mengeluarkan susu dengan lebih efisien. 

3. Amalkan pengambilan protein yang cukup.
Ibu yang menyusu badan memerlukan protein yang lebih dari individu yang tidak menyusu badan. Kak Lenn nak katakan, protein sangat membantu ibu menyusu dalam mengekalkan tenaga harian. Sekiranya ibu mendapati pengeluaran susu ada sedikit berkurang, boleh lah mengambil protein yang lebih sedikit daripada biasa.

4. Amalkan pengambilan Alfalfa
Kajian menunjukkan Alfalfa bersifat seperti galactagogue iaitu sejenis bahan yang boleh membantu merangsang pengeluaran susu badan.

5. Kawal stress
Perasaan dan mood ibu mempengaruhi pengeluaran susu badan. Ibu yang sedih dan murung akan mengurangkan penghasilan susu badan. Jaga emosi, kawal stress. Dapatkan bantuan sekiranya ibu merasa stress yang berlebihan.  Cuba amalkan aktiviti yang boleh menenangkan diri, seperti latihan tarik nafas, bermeditasi, senaman ringan atau hobi. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan