Seminar Kunci Rahsia Penjemput Rezeki

Assalamualaikum.

Lama tak berkarangan di blog kesayangan ini. Hah kini, Kak Lenn dah mula dah visi baru. Kali ini nak share tentang seminar yang Kak Lenn pergi hari tu, Seminar Kunci Rahsia Penjemput Rezeki.

Seminar Kunci Rahsia Penjemput Rezeki ini dikelolakan oleh Master Nana (FB : Nana Macarona).
Beliau adalah Master Shaklee yang muda. Memang Kak Lenn follow sebab beliau seorang business woman yang berjaya. Kak Lenn nak berjaya, jadi kena belajar dengan orang-orang yang berjaya. Salah seorangnya ialah Master Nana ini.

Nak Kak Lenn cerita details ke hari Seminar ini?

Rasa tak perlulah. Kalau tak entry ini makan 8 muka surat ( mukasurat buku tu). Hahahaa

So, Kak Lenn cerita serba sedikit lah intipati Seminar ini. Sebab sesiapa nak ilmu Kunci Rahsia Penjemput Rezeki ini, kena pergi lah seminar. Baru feel, baru ilmu serap ke dalam jiwa dan roh.




Seminar ini memperkenalkan kepada kita, bagaimana dengan melatih otak kita ini, kita boleh mendapat apa yang kita kehendaki dengan izin Allah.

Sebenarnya, minda/otak ini mempunyai kuasa yang sangat luar biasa. Dan kita hanya guna lebih kurang 10% dan 20% sahaja dari potensi otak. Sekiranya kita boleh menguasai 100% kuasa minda ini, betapa hebatnya kekuatan manusia sebenarnya.

Jadi, di dalam seminar ini, Master Nana memperkenalkan beberapa teknik yang mudah untuk kita amalkan seharian untuk melatih potensi minda.

Sebenar minda ini, seperti juga tubuh kita perlukan latihan untuk menonjolkan kuasanya yang sebenar. Antara teknik yang diperkenalkan, seperti Affirmation-Visualisation -Feel, Mind to Muscle dan 2, 3 teknik lain. 

Kak Lenn tak terangkan tentang teknik-teknik tu semua. Sebab teknik-teknik ini kena pergi terus dan langsung ke mentor untuk belajar. Tak boleh belajar melalui pembacaan semata-mata.

Apa yang Kak Lenn rasa semasa dan selepas seminar ini? Semasa seminar ini, Kak Lenn manusia biasa kadang-kadang akan skeptical tentang sesuatu perkara. Tetapi seminar ini betul-betul lain. Semasa seminar ini, ada satu sesi ni, Kak Lenn betul-betul connect dengan perasaan dalaman. Baru Kak Lenn jumpa masalah dalaman Kak Lenn. 

Kadang-kadang, kita tak tahu jiwa kita bermasalah. Mana la ada orang sakit jiwa tahu dia sakit jiwa kan. Melalui terapi sebegini, kita boleh lihat ke dalam diri kita, apa yang menyebabkan kita mensabotaj diri sendiri. **(Disclaimer : Jika masalah jiwa serius tidak boleh ikut saranan Kak Lenn, contoh depression, please jumpa doktor pakar.)

Master Nana banyak menunjukkan jalan bagaimana melihat ke dalam diri. 

Gambar di bawah ini, Master Nana. Flawless kan. Kesan akibat pemakanan konsisten supplemen Shaklee, kita akan dapat juga kulit flawless macam Master Nana.






Ulasan