Selasa, 16 Februari 2016

Kisah Kehamilanku

Assalamualaikum.

LBJ sebenarnya fikir banyak kali sebelum buat keputusan menulis tentang kehamilan LBJ kali ini.

Sebelum ini, LBJ tak pernah rakamkan detik-detik indah kehamilan.

Semasa kehamilan pertama dan kedua tak dirakamkan dalam jurnal LBJ. Kali ini LBJ nekad nak rekodkan dalam jurnal harian LBJ. Kenapa ya? Kerana ada kemungkinan ini adalah kehamilan terakhir LBJ, memandangkan usia LBJ serta keadaan kesihatan tubuh LBJ tak berapa mengizinkan. Tapi apa pun semua berbalik kepadaNya. Jika Allah takdirkan LBJ akan dapat anak lagi, Alhamdulillah, akan LBJ terima dengan tangan terbuka.

Alhamdulillah kehamilan kali ini LBJ sihat dan semua terkawal. Dan paling tak disangka ialah kehamilan kali ini ada dua kantung. Tapi sayangnya, hanya satu bayi. Satu kantung lagi kosong. Alhamdulillah, bayi sihat.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... tak terucap rasa kesyukuran dan terima kasih LBJ kepadaNya.

In Shaa Allah akan LBJ sambung kisah kehamilan ini.



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

2 ulasan: