Ahad, 6 Disember 2015

Seekor Serigala Jadian ...

Assalamualaikum.

Semalam LBJ menonton cerita Cina di TV8, bertajuk Painted Skin 2. Memang LBJ adalah peminat cerita Cina yang berunsurkan mistik ataupun kisah-kisah zaman dahulu kala.

Kisah Painted Skin ini sebenarnya bahagian kedua. Bahagian pertama belum tengok lagi. Tapi yang berminat boleh menontonnya di Youtube.


Jalan cerita kisah Painted Skin ini adalah berkisar tentang kisah Jadian Serigala a.k.a Syaitan Serigala. Watak yang utama dalam kisah ini adalah tentang Syaitan Serigala yang ingin menjadi manusia.

LBJ ulaskan sahaja cerita ini mengikut pandangan LBJ.

Xiao Wei (Syaitan Serigala) telah dihukum oleh kaumnya kerana melanggar peraturan alam syaitan dengan menyelamatkan seorang manusia. Xiao Wei dihukum penjara sehingga beribu-ribu tahun sehingga Xiao Wei ini dibebaskan oleh seekor Syaitan Burung Pipit.

Kisah berlanjutan sehingga Xiao Wei ingin mencari seorang manusia yang boleh memberikannya jantung (Hati) dengan rela untuk Xiao Wei bertukar menjadi manusia. Kerana tanpa jantung manusia itu, Xiao Wei akan mati.

Dipendekkan cerita, Xiao Wei bertemu seorang Puteri yang telah menyelamatkannya. Dan pada mulanya Xiao Wei memerangkapnya menyangka yang Puteri ini seorang lelaki, dek kerana Puteri menutup mukanya sambil menunggang kuda. Lagak gaya macam seorang pahlawan hebat.

Dan Xiao Wei mengikut Puteri balik ke tempatnya. Dan dalam tempoh bersama Puteri, Xiao Wei telah menyaksikan kisah cinta Puteri dengan salah seorang Pengawal Diraja.

Kisah cinta yang penuh dengan halangan dan menyedihkan. Walaupun Puteri tak pernah menunjukkan cintanya dan menangis akan keadaan nasib. Namun, kisah cinta Puteri cukup menyentuh hati Xiao Wei.

Walaubagaimanapun, Xiao Wei tetap bersifat binatang. Xiao Wei mencuba macam-macam cara termasuk menggoda kekasih hati Puteri untuk mendapatkan jantung Puteri. Kerana jantung Puteri mempunyai sifat yang sangat unik.

Kesudahan cerita ini, Xiao Wei berjaya mendapatkan jantung Puteri. Namun,hanya untuk tempoh yang pendek sahaja. Dalam tempoh yang pendek itu, Xiao Wei  mengecapi kehidupan seorang manusia. Dan Xiao Wei sendiri merasakan pahitnya hidup sebagai manusia. Ini kerana manusia penuh kekurangan dan hidup penuh dengan ujian. Dan ujian paling hebat adalah cinta.

Untuk megetahui lebih lanjut kisah ini, silalah tonton di Youtube.

LBJ cuma ingin katakan bahawa, kisah ini memang menyentuh hati LBJ. Kerana, intipati kisah ini bukan setakat cinta, tetapi sifat sebenar kehidupan manusia - dipenuhi pelbagai jenis perasaan, pelbagai jenis cabaran dan hidup bukan setakat untuk diri sendiri sahaja. Malah setiap kita mempunyai jalinan dan hubungan yang mempengaruhi kehidupan orang lain.



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan