Selasa, 6 Oktober 2015

Nak ke Oversea ke Kita?

Assalmualaikum.

Hari yang baru, azam yang lama - nak berjaya dalam bisnes Shaklee.

Alhmadulillah. Setiap hari ada benda baru nak belajar.

Hari ini, ML bagi ilmu berkaitan VISA. Pengetahuan umum. Jika nak lebih terperinci sila layari www.imi.gov.my.

Sekiranya, anda hendak pergi ke mana-mana luar negara perlukan persiapan khas terutamanya dokumentasi.

Pertama sekali, pastikan ada Pasport Antarabangsa Malaysia.

Kedua, sila semak jika negara yang hendak dilawati itu perlukan Visa, anda perlu buat permohonan Visa dahulu sebelum boleh memasuki negara berkaitan.

OK. Persoalan : Di mana hendak dapatkan Visa?
Jawapan : Tengok negara yang hendak dilawati, jika nak pergi India, pohon Visa di Kedutaan India di Malaysia. Dan jika hendak melawat USA, pergi ke Embassy USA untuk pohon Visa.

Pesanan tambahan, pastikan permohonan Visa dibuat terlebih dahulu sebelum membeli tiket. Takut nanti tiket dah beli, Visa tak sempat dikeluarkan.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan