Sabtu, 13 Disember 2014

True Calling - Syahadah

(Teks: Lenny Boniface)
(Imej/Foto: Google)


Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

TRUE CALLING. Fahamkah anda maksud TRUE CALLING. Sepanjang saya menonton filem Barat lah, kalau ikut kefahaman diri saya sendiri True Calling bermaksud "tujuan yang ditentukan" atau "tujuan dalaman diri kita yang kita temui". Dan saya nak katakan kadang-kadang kita takkan jumpa True Calling kita sehingga kita ditunjukkan oleh Allah s.w.t. , melalui kejadian atau pencarian diri sendiri.

OK. Hari ini saya hendak berkongsi True Calling saya yang baru saya 'temui', atau lebih tepat 'diketuk pintu hati' saya ini. 2 hari lepas saya menonton sebuah video dari Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. Beliau ialah orang Bidayuh. Orang Sarawak. Dan saya merasakan kami mempunyai 'pertalian' sebab sama-sama orang Sarawak dan sama-sama menemui Islam. Alhamdulillah. True Calling kita ni kadang-kadang bukan 1 sahaja ok. Ini adalah salah satu True Calling yang saya dapat selepas menonton video Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah - Saya ingin menolong orang-orang yang ingin/hendak memeluk Islam. Saya bukan pendakwah, saya ingin menjadi rakan kepada anda di luar sana yang ingin memeluk Islam. Saya faham anda akan melalui pelbagai dugaan emosi, dan fikiran. Tapi percayalah Allah akan membantu anda. Saya cuma sebagai sebahagian daripada orang yang beriman kepada Allah dan Rasul dan ingin menolong anda. Hubungilah saya.

Saya ingin bersama-sama anda dalam melalui proses mengucap kalimah syahadah. Saya berdoa Allah pertemukan saya dengan anda, dan anda dengan saya. Saya ingin menolong Islam dan menolong anda. In Shaa Allah, dipermudahkan. Saya bukan ustazah, tapi saya pernah lalui pengalaman memeluk Islam. Walaupun perjalanannya singkat dalam proses mengucap syahadah, tetapi, dugaan dalaman sangatlah kuat dan mengelirukan. Jadi saya ingin menghulurkan tangan kepada anda yang mencari bantuan ini. Amin.


Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah adalah penulis buku Travelog Hidayah. Boleh dapatkannya untuk bacaan anda.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah... moga Allah permudahkan segala urusan kita

    BalasPadam