Selasa, 27 Mei 2014

Musim 'down'

Salam.

Alhamdulillah.

Terasa lama dah tak mengarang di blog ini. Ya, sememangnya dah lama saya tak buat entri. Kadang-kala manusia ini ada masa yang 'down', semangat jadi lemah, fokus menghilang, lupa tujuan, dan sebagainya. Dan itu yang berlaku kepada saya kebelakangan ini. Jadi apa yang boleh kita buat untuk mengembalikan semangat kita yang 'hilang' itu?

Pada pendapat saya, ada beberapa perkara kita boleh lakukan untuk menaikkan semangat kita balik :

1. Berehat dan melancong, atau balik kampung (pada yang ada kampung).

 

2. Melakukan 'perjalanan' (sekiranya tidak ada bajet untuk melancong) - maksudnya kita keluar dari
    rumah untuk beberapa jam atau ketika. Sebaik-baiknya perjalanan yang jauh.

3. Bersenam atau menari zumba (atau apa-apa aktiviti fizikal yang anda sukai) - keluarkan peluh dan
    tenaga badan kita, dan kita akan merasa lebih segar dan sihat.

 


4. Pergi ke seminar atau ceramah motivasi - ini membantu mengembalikan perspektif kita
    kepada TUJUAN / TARGET kita. Dan kadang-kala kita akan mendapat idea bernas dari ceramah-
    ceramah motivasi.

5.  Baca al-Quran. Pengalaman saya, saya tak lancar mengaji al-Quran, jadi saya baca terjemahan
     al-Quran. Sesungguhnya al-Quran memberi pengajaran kepada kita, dan supaya kita dekat dengan
     al-Quran. Dan sasaran saya tahun ini, saya hendak selalu berdamping dengan al-Quran setiap hari.
     Biarpun cuma 1 minit. (Doakan) in shaa Allah. Amin.




6. Bersembang dengan suami/isteri kita, keluarga kita, bermain dengan anak kecil kita dan lain-lain
    aktiviti yang melibatkan orang-orang yang kita sayang. Ini membantu membina kekuatan dalaman
    kita dan juga hubungan kita dengan keluarga. - Pengalaman saya (dan pernah saya tulis di entri
    lalu), apabila saya rasa stress atau tension saya hendak berada dekat dengan anak kecil saya. Rasa
    aura yang positif mengalir bila bersama dengan anak kecil kita.


7. Berdoa - yang ini saya baru belajar, maksud saya, saya baru nak belajar mengamalkan
    berdoa sebagai amalan harian. Dulu saya selalu beranggapan doa itu dalam bahasa arab, jadi saya
    tidak berniat untuk belajar doa memandangkan saya ini susah nak hafal doa-doa bahasa arab.
    Kemudian terdetik dalam hati saya, menyuruh saya mengamalkan doa (dalam
    bahasa Melayu) sebagai amalan, sambil-sambil tu saya baca doa bahasa arab yang diselitkan
    bersama doa-doa. DOA ITU SENJATA MUSLIM. Percayalah! dan Amalkan! In shaa Allah, Allah
    bukakan mata hati kita dan membantu kita dalam amalan kita. Amin.




Sebenarnya pagi tadi, saya menghadiri sebuah ceramah yang dianjurkan oleh jabatan. Penceramahnya Ustaz Harry Haryanto dan Prof. Muhaya. Dan di situ, saya mendapat kesedaran dan pencerahan. POINT UTAMA (PALING PENTING) -- SISTEM KEPERCAYAAN. Dan yang ini saya akan ceritakan serba sedikit dalam entri seterusnya.




Promosi ABDR :



 Ebook 101 Idea Homebased Bisnes + Super Super Mom, hanya RM 50 SAHAJA!!
Berbaloi-baloi... Hubungi saya untuk pembelian.

Jazakallah.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan