Rabu, 19 Februari 2020

Forum Berkaitan Wanita

17 Febuari 2020 yang lalu, aku berpeluang menghadiri Forum berkaitan isu wanita. Nama forum tersebut ialah Women in Higher Education, Employment and Leadership. Forum ini dijalankan di Hotel Armada, Petaling Jaya yang di anjurakan oleh IWB (Institut Wanita Berdaya ).

Asal mula, kawan aku yang ajak pergi ke event ini. Mula-mula aku pun tak pasti apa event yang dijalankan, apabila dah tengok tajuk berminat pulak aku nak join.

OK la. Jujur kata ye. Aku sebenarnya tak berminat dengan whatsoever ideologi, konsep atau apamacam perjuangan (since teenagers). Sebab aku tak ada awareness dan juga pendedahan.

Yang so called women empowerment pun aku tak berminat. Tetapi kebelakangan ini, aku bagai 'diketuk' untuk menyelami what is so called feminism , women empowerment.

Women empowerment tak semestinya feminism, mengikut pemahaman aku yang cetek ini. 

Women empowerment ini adalah aktiviti / gerakan untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan dan kesedaran kepada golongan wanita akan pentingnya wanita ini di dalam masyarakat.

Kalau feminism ini, mengikut pemahaman aku, memperjuangkan kesaksamaan gender dengan golongan lelaki.

So bagi aku, aku lebih menyokong women empowerment lagi dari feminism. Bagi aku, memperkasakan wanita lebih penting dari memperjuangkan nak sama dengan lelaki dari setiap segi pekerjaan, sosial status dan sebagainya.

Secara semulajadi pun, wanita adalah berbeza dengan lelaki dari segi fizikal, mental, pemikiran dan perwatakan diri. Dari segi mental, masih boleh berduel dengan lelaki. Tetapi dari segi fizikal, wanita masih lagi secara semulajadi lebih lemah, dan adalah lebih elok lemah lembut pergerakan dari berperwatakan kasar. 

So forget about feminism dan fokus kepada women empowerment.

Women empowerment ialah kita memberikan ilmu dan ruang dan peluang untuk wanita menyerlahkan keterampilan diri tanpa mengorbankan status dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. 

Peranan sebagai isteri dan ibu adalah peranan yang amat penting dalam society. Tetapi, kita di Malaysia mempunyai segelintir wanita yang mempunyai potensi yang sangat menarik dan tinggi dalam memberikan sumbangan kepada wanita. Contoh : Doktor Pakar Wanita dari golongan wanita, Peguam bela yang bela hak-hak wanita dalam isu rumahtangga, Guru-guru, Pencetus Pemikiran Berdaya saing. Nampak tak? Sesetengah wanita kita, mereka ada kelulusan, ada kepakaran, ada bakat, tapi sebab kekangan status isteri, ibu, maka mereka menguburkan potensi diri.

Sebab itu women empowerment ini sangat perlu dan bermanfaat untuk membantu golongan wanita ini mempunyai ruang dan peluang untuk memberikan sumbangan tenaga mereka kepada masyarakat.


Jadi apa yang aku dapat dari forum ini? (panjang laa post kali ni)
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan