Rabu, 13 Mei 2015

AMALAN KETIKA TERDESAK MEMERLUKAN DUIT

Assalamualaikum.

Perkongsian untuk kita semua. Semoga bermanfaat.

(sumber : Facebook Pakej MMR )
AMALAN KETIKA TERDESAK MEMERLUKAN DUIT
************
Amalan ini saya perolehi menerusi guru saya dan Alhamdulillah bantuan ALLAH telah sampai tepat pada masa yang diperlukan
************
Begini kisahnya ...

2 minggu yang lepas, saya memerlukan duit sekitar RM1,000 lebih untuk kegunaan keluarga
Namun, ketika itu duit yang ada ditangan tidaklah sampai RM100 pun
Pening juga kepala saya memikirkan macam mana nak dapatkan duit tersebut (masa pulak makin suntuk !)
Lalu ALLAH ilhamkan saya untuk mengikuti pesanan guru saya iaitu:
1) Berapa duit yang perlu ? Kalau perlu RM2000, sedekahkan RM200
2) Kalau tak ada duit tunai, jual barang yang ada, lepas tu sedekah
3) Sedekahkan pada keluarga terdekat
************
Yang menariknya, duit nak sedekah saya tak ada, barang yang boleh dijual dengan segera pun saya tak ada.. Aduss !
Kemudian, ALLAH ingatkan saya bahawa ada seorang sahabat berhutang dengan saya sebanyak RM150
Lalu, dengan niat memohon bantuan ALLAH, saya halalkan hutang tersebut
Kemudian, saya solat sunat hajat di masjid dan baca zikir
Lahawlawala quwwata illa billahil 'aliyil 'azim (mohon rujuk sebutan arab yang tepat) sebanyak 313 kali
************
Masya-ALLAH ajaib, memang ajaib !
Keesokannya, bantuan ALLAH telah sampai dengan begitu cepat sekali, seorang kenalan saya tiba-tiba menghadiahkan saya duit sebanyak RM700
Logik ? Memang tidak logik dengan akal saya, tapi begitulah ALLAH yang Maha Baik selalu menolong hamba-NYA di waktu terdesak
Jika sedekah RM150, maka kiraan matematik ALLAH adalah RM1500 (Nisbah 1:10)
Jadi, bagaimana pula dengan baki RM800 yang masih tinggal ?
Sekali lagi, ALLAH yang Maha Kaya menunjukkan kepada saya bahawa sedekah itu benar-benar ajaib
RM800 tersebut ALLAH hantar pula kepada saya pada minggu lepas melalui asbab jualan buku ATM
Bukan setakat RM800, malah ada tambahan lagi sebanyak RM1000 lebih !
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !
************
Begitulah sedikit kisah yang saya alami minggu lepas
Cuma ada 2 syarat utama yang perlu saudara lakukan ketika menghadapi situasi sebegini (atau apa-apa masalah lain) iaitu:
1) JANGAN BERITAHU sesiapa masalah saudara, hanya beritahu kepada ALLAH
2) JANGAN MENGHARAP (walaupun dalam hati sekalipun) bantuan orang lain, berharap hanya bantuan ALLAH
************
Insya-ALLAH, bantuan ALLAH memang boleh dilihat dan dirasa smile emoticon

2 ulasan:

  1. alhamdulilah..perkongsian yg sgt2 bagus..

    jemput singgah..ctiezmdish.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah di blog lenny ini. InsyaaAllah saya akan singgah di blog Siti.

      Padam